Sunday, February 27, 2011

~EGGPLANT SWEET SOUR~

hari yang ckp x da semangat untuk masak...ayaq kat sakan x dak,barang umah kui jadi tin kosong,poket kui kempis..so,masak ja la pa yang da...secara kebetulan,saya  temankan kawan p beli barang dapur depa..so,tiba2x ja teringin makan egglant nii..huhu~haaa...dalam kepala..dah tao nak masak pa..hihi~jom kita masuk dapur untuk mulakan operasi masak memasak nii...:)


BAHAN-BAHAN;
*1 ulas bawang merah(hiris)
*4 sudu sos cili
*3 sudu sos tomato
*1 sudu sos tiram
*1 batang eggplant
*1sudu kecil kicap
*1 sudu serbuk cili-options
*1 sudu gula
*garam dan air secukupnya

CARA-CARA;

  1. Panaskan minyak..kemudian tumis bawang besar sehingga naik bau..
  2. masukkan sos cili,sos tiram,sos tomato,serbuk cili..tumis sehingga agak kekeringan sedikit.
  3. tambahkan sedikit air.
  4. masukkan eggplant..masak sehingga masak..
  5. masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. sedia dihidang.
senang bukan..??so,tunggu pa lagi...wat la sekarang..

Monday, February 14, 2011

~kehindahanMU membuat hatiku.....~


YA ALLAH...bertapa cantik dan uniknya ciptaanmu...
                   YA ALLAH...hati ini sangat terpegun melihat ciptaan-MU...
YA ALLAH...hati ini makin bertambah sayu mengenangkan dosa-dosa yang lalu..
                   YA ALLAH...hati ni sangat merindui segala kenikmatan-MU..
YA ALLAH...didikkanlah hatiku di jalan yang bercahaya lagi bersinar-sinar nur MU..


SEJAKku melangkah ke dunia baru yakni bumi ambia' ni...
SEJAK itu ku mulai merasa kehangatan ujian serta dugaan MU..
SEJAK itu ku dapat menilai baik dan buruknya lalu mematangkan diri ku ini..


KEINDAHANMU telah tercuit hatiku
KEINDAHANMU telah membuatkan hati ini terjatuh cinta 
KEINDAHANMU menyedarkan daku tentang kekhilafan pada diriku
KEINDAHANMU membuatkan air mata ini mengalir tanpa henti..

~KEINDAHAN ALAM~

~MEE PANGSIT~

aritu malas nak masak nasi..cam dah bosan..asyik makan nasi jaa..al-maklumlah,ana ni suka jenis2x bihun,kalo x dak bru layan spaghety ke..??keow teow ka..??mee..??harap maklum ya..kat jordan nii,x dak mee..kalo da pun,dari thailand punya..rasanya agak "pelik" la sikit..huhu~ x cam ka malaysia nuu..hmmmm,nama pun dok perantaun..ok,jom semak resepi nii..


BAHAN-BAHAN;
*2 dada ayam(potong dadu)
*1 biji kentang  (potong 6 bahagian)
*1 kiub pati ayam
*1 sudu lada sulah biji(blend)
*4 labu bawang besar(blend)
*3 ulas bawang putih(blend)
*6 biji buah keras(blend)
*1 inci halia(blend)
*1 batang cili hijau(hiris)
*2 biji telur
*1 sudu minyak zaitun
*air secukupnya
*garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. panaskan kuali,tumis semua bahan2x yang telah diblend sehingga kekunigan dan naik bau.
  2. kemudian,masukkan kuib pati ayam bersama ayam..goreng sebentar..
  3. masukkan air dan ubi kentang..tunggu sehingga ubi tersebut empuk.
  4. kemudian,masukkan cili..(kalo nak pedas,tambahkan lagi cili tersebut)
  5. pecahkan telur dan biarkan sehinga telur itu naik
  6. siap dihidang dengan bawang goreng dan daun bawang(saya x letak,sebb x dak)
NOTE:boleh masukkan bebola dan pa sahaja untuk menambahkan bahan2xnya..ketika itu,di umah sya hanya mempunyai ayam jaa..so,sya just masukkan ayam.mee ni,makan bersama sambal kicap.

sory,gambaq x lawa,sebb amik time x ready dan x reti pun nak tangkap gmbq sebab x dak kemahiran tentang tu..huhu~minyak jgn letak nyak tao..nanti,jadi cam sya..terlebih dan ralik time 2..haha~

Friday, February 4, 2011

~HAPPY BIRTHDAY AZI~

alamaak..ari jadi kawan..pa nak wat yaa..??mesti menu utama kek bukan..??hmmmm...nak wat kek paaaaa..??yookkk kita serbu peti ais da pa..??haa..nak wat kek epal yg azi suka,buahnya tiada si..nak wat kek ornge..pun x dak buahnya..haaa..jeng2x..bru teringat semalam sya da beli buah pisang..oh pisangku yang enak!!kini engkau akan ku jadikan engkau sebagai kek  marble pisang kukus azi..hehe~jgn marah azi..lalalalalala~


BAHAN-BAHAN:
*1 cawan tepung gandum
*1 sd kecil soda bikarbonat
*1 sd kecil baking powder
*1 cawan gula pasir
*3 biji telur
*5 biji pisang(dilenyek bersama garam)
*1 cawan minyak jagung
*1 sdu kecil serbuk koko
*3/4 cawan susu segar

CARA-CARA;

  1. lenyekkan pisang bersama garam.,(kemudian ketepikan)
  2. ayak bersama tepung,soda bikarbonat,baking powder..(ketepikan)
  3. blend telur bersma gula sehingga kembang.
  4. perlahankan speed,dengan perlahan2x masukkan bahan yg telah diayak dengan diselang selikan dengan pisang yang telah dilenyekkan..blend sehingga menjadi kembang acuan yang agak pekat..
  5. asingkan sedikit acuan tadi untuk ditambahkan sebuk koko.
  6. kemudian blend sekali lagi.
  7. masukkan acuan pertama ke atas loyang..dan corakkan acuan coklat ke ats acuan pertama..(untuk dijadikan sebagai marble)
  8. kukus sehingga 45 minit..(panaskan pengukus terlebih dahulu.
NOTE:topping..sya hiaskan ngan pisang bersama ising gula..kretiviti mengikut cita rasa anda..untuk menampakkan keanggungan kek tersebut,,

~KEK COKLAT KUKUS~

ari yang penuh kesayuan..ati ni bergelora sedih yg teramat sgt..setiap masa,sesaat,air mataku bergenang lalu mengalir ke pipi kemerahanku..tanpa henti..sambil ati ni merayu2x dan berdoa agar..kakak kesayanganku selamat di bumi ambia' yang penuh barakahallah,kaherah mesir..dari pagi hingga malam...aku x berputus asa menelephon kakak..akhirnya,tepat kui 4.51pm..atiku gembira dapat mendengr sora yg germesik di telingaku..YA ALLAH,bertapa gembiranya pada saat i2..mendengar gelak tawamu wahai kakakku..disamping untuk menyuccikan ati yang lara..saya pergi ke dapur dan terus membuat kek..yakni kek kukus coklat..sambil buat sambil air terus mengalir...kerana teringat akan keperitan yg dilalui olehnya..mna x nya,makan maggie ja setia ari...sedih sgt taoo..huhu~dengan ni,sya lampirkan resepi berserta saya paparkan kek ni..sob3x:(


BAHAN-BAHAN:

bahan A:
*1 cawan gula pasir
*1 cawan susu cair
*1 cawan serbuk koko
*1 cawan susu pekat
*1 cawan minyak masak


bahan B:
*3/4 cawan tepung gandum
*1 sdu kecil soda bikarbonat
*1 sdu kecil baking powder

CARA-CARA;

  1. ayakkan bahan B terlebih dahulu..
  2. gaulkan semua bahan A di atas api,sehinnga sebati.(ketepikan)
  3. masukkan bahan A dan B bersama di dalam blender...sehingga kembang...
  4. alaskan kertas minyak @ plastik yang sera minyak ke atas loyang..
  5. kemudian,tuang acuan td..
  6. kukus sehingga 45 minit..(jgn bukak penutup sebelum 30 minit awal,bagi ngelakkan bantat)
NOTE:topping..boleh gunakan idea bernas anda untuk menyerlahkan lagi kek 2..

~AYAM KANDAR~

ayam masak kandar nii,saya masak ngan nasi serai..qasa ayam ni..cam ayam  ala2x mamak gitu..haa,jgn qasa geli plak..ni bkan mamak yang buat..ni orang melayu muslimah solehah yg buat..jgn takot plak..hehe~(erkk,solehah ka..??hmmm..dalam pencarian cahaya solehah yg sbnr..insya-allah..huhu~)ok,dah2x jgn nak merepek pulak kat sini..yokkk  makan yokkk!!yummy2x..

 

BAHAN-BAHAN;
*4 ekor ayam
*2 ulas bawang putih(blend kering)
*1 inci halia(blend kering)
*1 labu bawang besar(mayang)
*beberapa titik kicap pekat
*2 sdu sos tomato
*2 sdu sos cili
*2 sudu serbuk kari daging adabi
*1 sd  kecil cili serbuk(kalo nak pedas,tambah lagi..ikut kepedasan anda)
*4 beradik rempah ratus
*1 cawan air(rebus ayam)
* sedikit daun kari (lagi sedap,jika ditambahkan)
*garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:

  1. rebus ayam sehingga separuh masak..angkat ayam..dan goreng seketika..(goreng ayam tersebut agar tidak berkecai isinya..)air rebusan jangan buang..(ketepikan sementara)
  2. panaskan minyak..tumis bwng dan halia yg tlh diblend bersma bawang besar(mayang) serta rempah 4 beradik..tumis sehingga naik bau..
  3. kemudian letakkan serbuk kari daging dan daun kari..tumis sehingga pecah minyakk..
  4. masukkan sos cili,sos tomato,serbuk cili..biarkan sehingga naik bau..
  5. masukkan ayam..gaul sehingga sebati..
  6. pabila kering,tambah sedikit air rebusan ayam..
  7. masukkan garam dan gula secukup rasa
NOTE;masak ayam separuh kering...jikalo mahu tambahkan sayur..dialu2kan...gmbar diatas..sya letak carrot bersama ubi kentang..saya suka pedas,so,sya tambahkan cabai hijau..

~NASI SERAI BERSAMA AYAM KANDAR~

maaflah x selalu update..yo la,namo pun student bkannya suri umah sepunuh masa untuk suami kan..??hehe~dok umah sewa,mesti da jadual masak bukan..??so,bkan setiap ari sya masak..kiranya..x bnyakla menu yg dapat dikongsikan bersama..insya-allah..kalo dikurniakan masa waktu yg terluang..dapat la blog ni diupdate..hehe~doa2xla yaa..ok,menu ni dah 5 ari yg lepas..cuma,lambat diupdatekan..biasalah,kehangatan sem 2 udah terasa mesti ingat nak pegang buku ja..tgk dpur pun..jeling2x gitu ja..hehe~ok..jom semak resepi ni..:


(NASI SERAI)

BAHAN-BAHAN:

*2 cawan beras 
*2 cawan air
*1 sd butter
*1 labu bwang besar(kecil punya)(hiris)
*1 inci halia(hiris)
*1 1/2 rempah kurma(x kisah cap pa2x pun,tp,sya guna cap o)
*1 batang serai(diketuk/dititik)
*rempah ratus 4 beradik
*1 sd kecil garam

CARA-CARA;
  1. Basuh beras,kemudian toskan..(ketepikan sementara)
  2. panaskan periuk nasi selama 3 minit,kemudian masukkan butter..tunggu sehingga butter cair..
  3. tumis bawang besar dan halia yang telah dihiris td..bersama rempah 4 beradik sehingga naik bau..
  4. masukkan rempah kurma..gaul sehinnga rata..
  5. masukkkan beras yg telah ditos..kemudian goreng beras tersebut sehingga rempahnya sekata..
  6. masukkan air bersama garam secukup rasa..
  7. tunggu sehingga masak..(nasi ni masak ngan wap...)(so,bila lampu periuk nasi dah terpadam,biarkan dy masak ngan wap..selama 15 minit-20 minit)..
  8. siap dihidang bersama ayam kandar..jemput makan..:)