Monday, August 6, 2012

~LASAGNA JORDAN~



ALHAMDULILLAH selamatlah berpuasa pada arini..cmna puasa arini..??
bertenaga x..??harap2x puasa kali ni diterima oleh ALLAH..
~AMIN~

insya-allah arini ana ingin berkongsi satu resepi barat yaitu lasagna
 made in 
JORDAN,
but
air tangan
mahasiswi MALAYSIA..
(*,^)

sebelum itu,ana ingin berkongsi satu ayat hikmah yang berbunyi dibawah ini..

haaa..??paham x..??
maksudnya..
ialah.
seseorang itu mengetahui  tentang  agama,kemudian dia memahami lalu terus mempraktikan
dalam kehidupan sehariannya..
walaupun pada hakikatnya dia bukanlah dari golongan kos pengajian islam,hadis,al-quran,
syariah...
yang dimana golongan ini mempelajari ilmu agama tetapi
SAYANG
sekali
mereka bukanlah golongan yang a'lim..
kerana apa..??
kerana mereka hanya mempelajari tanpa memahaminya dan apatah lagi untuk memprktikannya..
berbanding dengan golongan yang kurang mahir tentang ilmu agamalah 
digelar sebagai a'lim..

so...
JADILAH GOLONGAN
orang memahami sesuatu ilmu dan praktikannya
dan 
sentiasalah berdoa 
 agar kite mendapat ILMU yang bermanfaat dan memanfaatkan kepada orang lain..
itulah menjadi saham kite diakhirat kelak..
ingat tao!!
~SAMA-SAMALAH KITE BERMUNASABAH DIRI KITE~

ok..

JOM KITE SEMAK RESEPI

~LASAGNA JORDAN~


BAHAN-BAHAN:
(SOS MERAH DAGING/AYAM)


*1 mangkuk kecil makaroni saiz kecil
*4 sudu besar paste tomato
*1 sudu sos tiram
*1 sudu cili sos balqis
*2 sudu paste spgehty  (optional)
-ana guna sebab nak abiskan stok paste ini..
*1 bungkus daging cincang
*segengam sayur campur
*1 buah tomato(dipotong dadu)
*1 ulas bawang besar(dipotong dadu)
*1 ulas bawang putih (potong halus-halus)
*1 sudu kecil lada hitam (optional)
*secubit oregano
*1 sudu kecil ground chilies @ serbuk cili
*1 sudu kecil lada sulah
*garam dan gula secukup rasa
*minyak untuk menumis..

CARA-CARA:

1.rebuskan makaroni dan ketepikan 
2.panaskan minyak..selepas minyak panas,tumis bawang putih,besar dan tomato sehingga nampak kekuningan
(kenapa ana tumiskan tomato??kerana air tomato itu menyedapkan lagi masakan kite)
3.kemudian masukkan daging cincang,gaul sehingga sebati dan kelihatan garing sedikit dagingnya.
4.kemudian masukkan sos cili,sos tiram,ground chili,paste tomato dan paste spaghety..gaul sehingga sebati..
5.masukkan makaroni ,sayur campuran dan gaulkan sehingga sebati
6.masukkan pula lada hitam dan oregano garam dan gula..
(ana x guna sebarang perasa mahupun perencah tambahan)
7.setelah siap,ketepikan..dan kite lihat pula langkah seterusnya di bawah ini..
_
_
_
_
_

*kulit lasagna
*keju mozarela
_
_
_
_

(SOS PUTIH)

BAHAN-BAHAN:


*2 sudu besar butter
*2 sudu tepung gandum
*250ml susu fresh
*setengah chese buku
*1 sudu kecil lada putih
*secubit garam

CARA-CARA:

1.cairkan butter diatas kuali panas..
2.selepas butter cair,masukkan cepat2x tepung gandum
(gaul sehingga sebati)
3.masukkan pula susu,kacau sehingga pekat likat
4.masukkan lada sulah dan garam
5.kemudian masukkan secepat mungkin cheese yang dipotong dadu..
6.siap!! dan ketepikan..

_
_
_
_
_

(LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYUSUN LASAGNA DI DALAM
LOYANG)

1.letakkan aluminium dan sedikit sos merah kite tadi agar kulit lasagna x melekat..

2.masukkan kulit lasagna pada permukaan bawah,kemudian masukkan sos merah kite dan ratakan..

3.lapisan seterusnya masukkan sos putih yang telah kite masak diatas api..
ratakan sehingga menutupi lapisan sos merah..

~SEPERTI INI~

4,masukkan cheese morazela diatas sos putih sehingga menutupi sos putih..

5.kemudian ulangi step by step dengan teratur sehingga menutupi loyang..

~RUPA LAYER PERMUKAAN LOYANG~

6.siap sedia untuk dibakar 180-185darjah celcius selama 45 minit 

~RUPA LASAGNA SELEPAS 45 MINIT DIBAKAR~
7.keluarkan dalam oven dan tunggu sejuk sekejap dan siap sedia dipotong dan dimakan
time berbuka..

ALLAHMDULILLAH SIAP PUN 
LASGNA JORDANku..


rupa setelah dipotong..


sedia dimakan..

~SELAMAT BERBUKA PUASA~

sekian,
WASSALAM..



















Sunday, August 5, 2012

~NANAIMO BARS (canada) ~



kite mulakan entri kite pada kali ini dengan lafaz 
بسم الله الرحمن الرحيم

pada hari ini yaitu
5/8/2012
adalah hari yang bermakna buat kakakku tersayang..

HAPPY BIRTHDAY
BUAT
KAKAKKU
HAZRATI YAHAYA..

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

insya-allah..
•❤• AMIN YA RABBAL A'LAMIN •❤•

Sebelum ana ingin berkongsikan resepi,ana ingin mengajak kalian semua untuk
tambahkan kekuatan rohani dan jasmani kalian..

BAGAIMANA..??


senang ja..

jom kite basahkan lidah kite dengan zikruallah..
walaupun kalian x menyebut dengan lidah..
tetapi hati kecil kalian tuekan sedang
menyebutkan kalimah ini...


hati kami x sebut pun..??
eh ya ka..??
yang kalian melihat dengan pacaindera kalian itu apa..??
kalian nampak kan gambar yang warna warni itu..??
haaa...so,paling jelas kalimah apa..?


Haaa..dah tahu kan..??
~selamat berzikir~

resipi kali ini adalah nanaimo bars yang berasal dari canada..
WAH!!
teruja x..??
hehe~
ana sampai termimpi2x nak wat nanaimo bars ni..
sehingga kakakku berkata padaku..
~kurangkn mnis dlm mskn, tmbhkn manis dlm snymn~ huhuhu
sebab pa ya kakak tue kata sebegitu..??
ana selalu masak manis2x ka..??
eh..x da la..
kisahnya..
semalam ana teringin sangat nak buat nanaimo ini..
sehingga masuk mimpi..
tapi..
tahu x ana mimpi apa.??
ana buat nanaimo ini khas untuk mak mentua..
adus!!
cmna boleh nak bagi kat mak mentua plak ni..??
wah..??
nampak ke wajahnya..?
huhu~
BIARLAH RAHSIA..
antara ana dengan ALLAH..!!
hehe~
so,dalam dialog kakak tadi dengan ana..
ana berkata..
terlebih tersenyum di alam khayalan sehingga tereffect sampai di dunia nyata..(*,^)..
haaa..??
paham x..??
kalo x paham..
buat2x paham lah ya..
(*,^)

sudah abis bercerita..
jom kite tengok apa resepinya..
bukan resepi jumpa mak mentua dalam mimpi..!!
tapi..
resepi 
~ NANAIMO BARS~


BAHAN-BAHAN:

(LAYER BAWAH)
-BOTTOM LAYER-


*113 gm butter
*50gm gula
*30gm serbuk koko
*1 butir telur
*1 sd kecil esen vanilla
*200gm cracker crabs @ pecahan biskut digestive
(ana x dak biskut dan digantikan dengan cereals)
(reka sendiri..haha~)
*65 gm kelapa parut kering
*50gm walnuts (ana x letak,sebab x dak stok)

CARA-CARA:

1.masukkan butter kedalam periuk sehingga lebur kesemuanya.

2.matikan api seketika,masukkan gula dengan perlahan2x..

3.kemudian masukkan pula serbuk koko dan gaul dengan sebati.

4.setelah gaul dengan sebati,biarkan seketika..dan pecahkan telur sehingga telur kuning dan putih bersatu..

5.letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api..sementara itu masukkan secepat mungkin telur yang telah dikocok dan kacau sehingga tidak berketul..

6.matikan api..dan masukkan adunan coklat tadi keatas cracker kite..

7.masukkan juga kelapa parut kering dan bersama esen vanila dan kacau sehingga rata..

8.masukkan di dalam loyang 8inci dan ratakan..

rupa lapisan pertama dan siap sedia diwrapkan..

dan biarkan di dalam peti ais selama 1 jam..

(LAPISAN KEDUA)
-MIDDLE LAYER-

BAHAN-BAHAN:

*56gm butter
*2-3 sudu besar susu @ cream
*20gm tepung custard vanila(ditapis)
*1/2 sudu kecil esen vanila
*230gm icing sugar(ditapis)

CARA-CARA;

1.Masukkan butter dan mixer selama 1minit..
2.masukkan tepung custard dan icing sugar yang telah ditapis..kemudian dimixer
3.masukkan perlahan2x esen vanila dan susu sehingga menjadi seperti creamer yang halus..

*jika creamer nampak seperti tebal..tambahkan sedikit lagi susu..dan mixer sehingga kehilatan halus..

4.masukkan icing kite pada layer kedua ini sperti dalam gambar..

5.ratakan dengan sudu sehingga menutupi layer bawah..

6.siap diwrapkan dan masukkan kedalam peti ais selama setengah jam

(LAPISAN ATAS)
-TOP LAYER-

BAHAN-BAHAN:

*120gm coklat masakan.
*14 gm butter

CARA-CARA:

1.letakkan satu mangkuk atas pinggan diatas periuk yang sedang distimkan.

2.biarkan coklat dan butter itu cair,kemudian kacau dengan sebati..

3.setelah coklat telah siap,masukkan kedalam loyang pada lapisan atas dan ratakan..

ratakan sehingga menutup dibahagian lapisan kedua..

setelah siap,wrapkan untuk dimasukkan ke dalam peti ais selama 10 minit..
*ana saja letak dicorations diatasnya..

potong dengan pisau yang tajam dan memotongnya dengan berhati-hati
*gambar setelah dipotong dan kelihatan tiga layer*
\inilah hasil pertamaku buat nanaimo bars ni..
mana barsnya..??
hahaha~
barsnya x menjadi sebab ana potong ganas,,
sampai hancur..
so,next time kalian nak buat
*kurangkan gula
*guna cracker biskut jangan guna cereals..
(rasa dia lain sikit la,kalo guna cereals,lagi menyihatkan..haha~)

so,inilah gambar sebenarnya:
sangat menyelerakan..
huhu~
x pa..
next time ana cuba lagi..
tapi,harap2x..mak mentua itu memang wujud dialam nyata bukan khayalan lagi
hehe~

sekian,

WASSALAM..


























Saturday, August 4, 2012

~COCKTAIL VIMTO~


ALHAMDULILLAH..
syukur kite ke hadrat ILLAHI kerana kite masih dapat menghirup udara yang segar
apatah lagi udara yang segar di bulan ramdhan yang mulia ini..


ungkaplah selalu kalimah ini


ALLAHAMDULILLAH..
agar kite tidak kufur pada segala nikmat ALLAH!!

pertama kali,ana ingin memohon maaf tidak mengupdate blog ini atas sebab yarmouk university 
sekarang ini diambang final exam..
SO..??
mesti kalian pahamkan..??
(*,^)

ALHAMDULILLAH 
pada tarikh ini
04/08/2012
sudah selesailah 2 paper sekaligus..
YA ALLAH..
rasa lega itu,
HANYA..
ALLAH SAHAJA MENGETAHUI..


semua buku nak baca..
AIYOO!!
tapi..
ini adalah hakikatnya..
kan2x..??
hehe~

ok arini ana ingin berkongsi satu menu..menu ni selalu ja orang buat..
so,x da la spesial sangat,cuma ana teringin..
ya la,aritue time iftor adab batch 2010,ana x dapat nak makan puas2x..dapat makan 2 sudu ja cocktail yang
khas dibuat oleh syabab
huhu~
KESIAN KAN..??
so,ana pun buatlah khas untuk dibawa ke IFTOR BATCH 2010 yarmouk..
yaitu cocktail vimto..
  ok..
JOM SEMAK RESEPI!!

~COCKTAIL VIMTO~

bahan-bahan:


*1 tin jagung
*3/4 susu pekat
*1 liter air susu fresh milk
*1 tin buah2xan
*1 tin susu cair
*4 sudu vimto(cordial)
*beberapa ketulan ais


CARA-CARA:

1.masukkan semua bahan2x diatas kecuali ais diasingkan..kacao sehingga sebati.
*kalo nak manis tmbahkan lagi susu pekat
2.akhir sekali masukkan ais dan masukkan kedalam peti air sejuk beku selama 1 jam setengah..
*untuk dijadikan sebagai cocktail slash..(*,^)
3.sedia dimakan..

PANDANGAN DEKAT..

PANDANGAN DARI JAUH..

kawan ana kata rasa cam air bandung..
dan 
da yang kata rasa cam sirap ros..
x pa la.
rasa cmna sekalipun..
janji 
SEDAP ANAK TEKAK NI MENELANNYA..
rezeki ALLAH..
semuanya sedap2x belaka kan..!!
hehe~


antara menu kami di iftor(berbuka puasa) bersama batch yarmouk 2010 akhawat..
IALAH..

*NASI TOMATO*

*AYAM MASAK MERAH*
*ACAR SAYUR*
*AIR CARROT SUSU*
*COCKTAIL VIMTO*
*AIR OREN*
*PAVOLA*
(x tao la ejaan dia camna)
*KUIH CARA MANIS*
*KUIH SAMOSA AYAM*
*BUBUR KACANG*
*DORAYAKI INTI NUTTELA*

ALLHAMDULILLAH..
semua nikmat ALLAH..

MAHASISWI YARMOUK BATCH 2010

yang akan mengegarkan BUMI MALAYSIA..
insya-allah..
kami akan berusaha menuntut ilmu dengan bersungguh2x
untuk dibawa pulang
khas
untukmu
WAHAI
warga2x
MALAYSIA!!

doakan kami berjaya dengan cemerlang dan dapat ilmu yang bermanfaat dan memanfaatkan kepada
masyarakat..

AMIN YA RABBAL A'LAMIN..