Monday, August 6, 2012

~LASAGNA JORDAN~



ALHAMDULILLAH selamatlah berpuasa pada arini..cmna puasa arini..??
bertenaga x..??harap2x puasa kali ni diterima oleh ALLAH..
~AMIN~

insya-allah arini ana ingin berkongsi satu resepi barat yaitu lasagna
 made in 
JORDAN,
but
air tangan
mahasiswi MALAYSIA..
(*,^)

sebelum itu,ana ingin berkongsi satu ayat hikmah yang berbunyi dibawah ini..

haaa..??paham x..??
maksudnya..
ialah.
seseorang itu mengetahui  tentang  agama,kemudian dia memahami lalu terus mempraktikan
dalam kehidupan sehariannya..
walaupun pada hakikatnya dia bukanlah dari golongan kos pengajian islam,hadis,al-quran,
syariah...
yang dimana golongan ini mempelajari ilmu agama tetapi
SAYANG
sekali
mereka bukanlah golongan yang a'lim..
kerana apa..??
kerana mereka hanya mempelajari tanpa memahaminya dan apatah lagi untuk memprktikannya..
berbanding dengan golongan yang kurang mahir tentang ilmu agamalah 
digelar sebagai a'lim..

so...
JADILAH GOLONGAN
orang memahami sesuatu ilmu dan praktikannya
dan 
sentiasalah berdoa 
 agar kite mendapat ILMU yang bermanfaat dan memanfaatkan kepada orang lain..
itulah menjadi saham kite diakhirat kelak..
ingat tao!!
~SAMA-SAMALAH KITE BERMUNASABAH DIRI KITE~

ok..

JOM KITE SEMAK RESEPI

~LASAGNA JORDAN~


BAHAN-BAHAN:
(SOS MERAH DAGING/AYAM)


*1 mangkuk kecil makaroni saiz kecil
*4 sudu besar paste tomato
*1 sudu sos tiram
*1 sudu cili sos balqis
*2 sudu paste spgehty  (optional)
-ana guna sebab nak abiskan stok paste ini..
*1 bungkus daging cincang
*segengam sayur campur
*1 buah tomato(dipotong dadu)
*1 ulas bawang besar(dipotong dadu)
*1 ulas bawang putih (potong halus-halus)
*1 sudu kecil lada hitam (optional)
*secubit oregano
*1 sudu kecil ground chilies @ serbuk cili
*1 sudu kecil lada sulah
*garam dan gula secukup rasa
*minyak untuk menumis..

CARA-CARA:

1.rebuskan makaroni dan ketepikan 
2.panaskan minyak..selepas minyak panas,tumis bawang putih,besar dan tomato sehingga nampak kekuningan
(kenapa ana tumiskan tomato??kerana air tomato itu menyedapkan lagi masakan kite)
3.kemudian masukkan daging cincang,gaul sehingga sebati dan kelihatan garing sedikit dagingnya.
4.kemudian masukkan sos cili,sos tiram,ground chili,paste tomato dan paste spaghety..gaul sehingga sebati..
5.masukkan makaroni ,sayur campuran dan gaulkan sehingga sebati
6.masukkan pula lada hitam dan oregano garam dan gula..
(ana x guna sebarang perasa mahupun perencah tambahan)
7.setelah siap,ketepikan..dan kite lihat pula langkah seterusnya di bawah ini..
_
_
_
_
_

*kulit lasagna
*keju mozarela
_
_
_
_

(SOS PUTIH)

BAHAN-BAHAN:


*2 sudu besar butter
*2 sudu tepung gandum
*250ml susu fresh
*setengah chese buku
*1 sudu kecil lada putih
*secubit garam

CARA-CARA:

1.cairkan butter diatas kuali panas..
2.selepas butter cair,masukkan cepat2x tepung gandum
(gaul sehingga sebati)
3.masukkan pula susu,kacau sehingga pekat likat
4.masukkan lada sulah dan garam
5.kemudian masukkan secepat mungkin cheese yang dipotong dadu..
6.siap!! dan ketepikan..

_
_
_
_
_

(LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYUSUN LASAGNA DI DALAM
LOYANG)

1.letakkan aluminium dan sedikit sos merah kite tadi agar kulit lasagna x melekat..

2.masukkan kulit lasagna pada permukaan bawah,kemudian masukkan sos merah kite dan ratakan..

3.lapisan seterusnya masukkan sos putih yang telah kite masak diatas api..
ratakan sehingga menutupi lapisan sos merah..

~SEPERTI INI~

4,masukkan cheese morazela diatas sos putih sehingga menutupi sos putih..

5.kemudian ulangi step by step dengan teratur sehingga menutupi loyang..

~RUPA LAYER PERMUKAAN LOYANG~

6.siap sedia untuk dibakar 180-185darjah celcius selama 45 minit 

~RUPA LASAGNA SELEPAS 45 MINIT DIBAKAR~
7.keluarkan dalam oven dan tunggu sejuk sekejap dan siap sedia dipotong dan dimakan
time berbuka..

ALLAHMDULILLAH SIAP PUN 
LASGNA JORDANku..


rupa setelah dipotong..


sedia dimakan..

~SELAMAT BERBUKA PUASA~

sekian,
WASSALAM..



















No comments:

Post a Comment