Thursday, January 13, 2011

~WANITA BERPURDAH~


apalah yang hebat sangat dengan pandangan buruk orang lain terhaadap golongan yang ,menutup aurat dengan sempurna ni...jahat sangat ke orang yang cuba berpakaian menutup aurat dengan sempurna,yang cuba memelihara kehormatan dan maruah diri,yang cuba memelihara kehormatan dan maruah diri,yang cuba meraih redha ILLAHI dengan berpakaian begini...???adakah ini salah dan keji dimata masyarakat...??walaupun begitu mungkin ada segelintiryang menyalahgunakan pakaian purdah ni untuk tujuan lain...tapi adakah sebab yang segelintir  itu menyebabkan pakaian purdah tu terus diharamkan...terus dipandang hina..?? 

Bagaimana pula dengan segolongan yang tanpa segan silu menayangkan "tubuh murahan" mereka pada mata masyarakat dianggap tidak apa-apa...yang hanya mahu mendapat perhatian mata-mata para lelaki fasik,
yang mahu nampak seksi,moden,ikut aliran fesyen masa kin iyang terang-terangan menyalahi syariat islam.Bagaimana jika orang yang sebegini melakukan  perbuatan seperti mencuri,menyalahkan orang yang memakai purdah.Tentu sekali tidak..??Buat apa nak salahkan pakaian yang dia pakai...orang tiada akal sahaja yang kata sedemikian ...berkata pakaian itu salah dan patut dipenjarakan...ada ke patut benda tidak bernyawa dipersalahkan...??begitu jugalah dengan pemakaian purdah,apalah salahnya muslimah berpurdah dimata masyarakat...salahkah mereka cuba mengurangkan fitnah zahir dan batin dikalangan kaum adam..??


Seindah-indah perhiasan dalah wanita solehah,dan seburuk-buruk kejahatan adalah wanita yang fasik.cubalah kita renungkan betapa besarnya peranan wanita yang fasik.cubalah kita renungkan betapa besarnya peranan wanita dalam masyarakat,negara dan agama.kalo tidak takkanlah NABI MUHAMMAD S.A.W menyebut an-nisa'(wanita-wanita) sebanyak 3x sebelum baginda wafat....kerana wanita itulah sebesar-besar fitrah yang ada di muka bumi ini.

Qawi yang paling muktamat dalam mazhab shafie' menyatakan bahawa seluruh badan perempuan yang merdeka adalah aurat lelaki ajnabi .pendapat nin disokong oleh hadis-hadis yang menyatakan bahawa perempuan itu aurat/perempuan itu aurat yang mesti ditutup/dan orang-orang perempuan itu aurat dan disokong oleh ahli-ahli tafsir al-quran yang meriwayatkan bahawa wanita-wanita islam pada zaman Rasullah saw dahulu menutup seluruh badan mereka ketika keluar rumah,setelah turunnya ayat-ayat hijab.


Muka ialah sebesar-besar tempat fitnah sedangkan pandangan ialah 'rasul syahwat' (penyampai kepada syahwat),pembawa kepada zina dan kefasikan,panah iblis yang mengandungi racun bagi hati.(al-jiziriyy,kitabu al-fiqh a'la madhahibial-arba'ah;juz 1.al-Qahirah;juz 7,al Banhariyy,sabilu al-Muhtadin;juz1)

Indah dan mendalam sungguh kata-kata diatas...kalau direnuungkan kata-kata itu maka wajiblah wanita itu berpurdah.masakan tidak..wajah wanita itulah tempat sasaran sebesar-besar fitnah kerana ALLAH swt itu sendiri menciptakan kaum hawa itu mempunyai wajah yang cantik menawan yang mampu mengganggu gugat keimanan kaum adam.kalau tidak,takkan ler ada lelaki yang angau bila melihat wajah wanita yang cantik jelita bak bidadari yang turun dari syurga.bila mata terpandang maka turunlah ke hati dimana kerana wanita itu,jiwa sang teruna menjadi kacao bilau teringatkan sang bidadari yang cantik bak permata hinggalah datangnya syaitan merasuk diri memujuk hati supaya datang mendekati,bila sudah kenal-kenalan,maka datanglah cinta,sayang dan rindu.bila diri tak tttertahan rindu maka datanglah syaitan memberi 'PETUNJUK SESAT'hinggalah diri terperangkap dalam duri penzinaan...akhirnya lahirlah zuriat yang tidak diingini dan 
wujudlah juga pembuangan bayi dimerata0rata tempat.begitulah betapa bahayanya wanita itu..kerana itulah wanita itu menjadi salah satu dari pelaburan terbesar bagi iblis,syaitan laknatullah.


Begitulah rancah kehidupan manusia.mereka sedaya upaya cuba membanteras kegiatan jenayah,pelbagai undang-undang ditubuhkan,pelbagai hukuman dijatuhkan mengikut akal fikiran manusia yang 'ciput' ni...sedangkan hukum-hukum dan unang-undang  ALLAH yang sudah sedia ada,terpampang depan mata,penyelesaian segala masalah manusia diketepikan...Allah datangkan masalah dan penyelesaian maslah sekaligus..contohnya zina,Allah berfirman:

"dan janganlah kamu mendekati zina,(zina)itu sungguh perbuatan keji,dan suatu perbuatan buruk"
(surah al-isra'32)

Jadi Allah datangkan langkah pencegahan awal dalam menangani masalah isu zina dan pembuangan anak.Allah swt perintahkan jangan mendekati zina.


Memakai purdah juga adalah salah satu untuk menghindari daripada zina.MENGAPA..??kerana wanita yang berpurdah itu menutup jalan fitnah itu yakni dengan menutup wajah mereka daripada pandangan laki-laki ajnabi.jadi kaum adam ini tidak berpeluang lagi untuk berasa "angau" pabila melihat muslimah yang bertutup aurat.

"DAN KATAKANLAH KEPADA MEREKA PARA PEREMPUAN YANG BERIMAN,AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA,DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA..(aurat)
(surah an-nur;31)


No comments:

Post a Comment