Sunday, July 29, 2012

~BERBUKA BERSAMA FAMILY ADAB 2010~


~بسم الله الرحمن الرحيم~



firtsly,entri kali ni..ana ingin mengajak kalian beristighfar dahulu..sambil mengikut alunan suara merdu hafiz hamidun yang sedang kalian dengar sekarang...

mana x dengar pun..??

sabaq sat..

tunggu dia loading lu..

selamat beristghfar sahabat kalian..

tangisilah dosa2x yang kite pernah lakukan sebelum ini..

TERHADAP..

IBU AYAH..

ADIK BERADIK.

SAHABAT HANDAI

DAN 

juga 

SALAH DAN DOSA KITE..

terhadap

ALLAH..!!

kadang2x kite hidup ni,bukan kite sedar pun apa dosa kite lakukan..'

SO..??

marilah kite berbanyakkan istighfar..

┋♥استغفر الله♥┋ ┋♥استغفر الله♥


alhamdulillah pada 28/07/2012..ana mendapat jemputan dari family adab untuk iftor bersama2x..
masya-allah..sangat seronok,kerana mereka sangat sporting,bertolak ansur,tolong menolong x kira pa jua 
masalah..

FAMILY ADAB THE BEST!!

semalam..

tiba-tiba hatiku sayu..

apabila 

mengenangkan keluargaku di MALAYSIA..

huhu~

yang ana x leh lupa..pesanan dari salah seorang family adab berpesan,nanti bila raya..
bukak lagu raya banyak2x agar kerinduan di tanah air akan hilang..

TAPI..??

adakah itu berkesan..??

AIYOO!!

ok2x..kembali niat sebenar ingin berkongsi resepi..

kali ini,ana ingin berkongsi resepi apa yang ana masak semalam untuk kalian wahai family adabku..

maaflah jikalo makanan semalam tidak dapat memenuhi cita rasa kalian kerana diri ini hanya insan

BIASA!!


*ayam bakar mayonis*
*kuih akok*
*puding karemal*

mula2x ana kongsi resepi menu utama ialah

AYAM BAKAR MAYONIS.


BAHAN-BAHAN:

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 8 ketul drumstick
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-(serbuk pun boleh) kalo nak sedap tumbuk..
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk/blend
  • 1/2cm halia-tumbuk/blend


Cara-cara:

  1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.
  


KEK KAREMAL



Bahan-bahan
  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air


bahan2x di atas ana gandakan dua sebab nak kuantiti yang banyak..


Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.




AKOK
(kuih tradisional negeri kelantan)



BAHAN-BAHAN;


*10biji telur


*400ml santan
*200ml air


*300gm gula melaka/gula perang(sya guna gula perang,sebab tiada gula melaka)


*2 cawan tepung gandum


*2 helai pandan disiat2x (saya x dak daun pandan tapi saya gantikan 
dengan esen vanila sebanyak 2 sudu kecil)


*secubit garam

gabungan semua bahan2x:


CARA-CARA;


(1)masak air bersma gula melaka.sampai mendidih.tutup api.

(2)masukkan santan dan tunggu suam sedikit,masukkan telur,tepung,esen vanila,dan gaul sehingga sebati.

(3)tapiskan untuk mengelakkan berketul.


(4)panaskan oven dalam 200'c sebentar bersama acuan.
(5)letak sedikit minyak ke dalam setiap acuan..


(6)selepas 10 minit,keluarkan acuan.dan masukkan bancuhan bahan2x tadi ke dalam acuan.
(7)masukkan ke dalam oven semula,selama 10 minit sahaja.
(8)kuih ni akan mengembang di dalam oven,dy akan kecut selepas dikeluarkan dalam oven.


~INILAH HASILNYA~


siap2x diwrapkan untuk dibawa ke iftor..


siap sedia untuk DIMAKAN!!


mungkin bentuk akok saya lain sedikit..x seperti bentuk cam di malaysia..


INILAH ACUAN SEBENAR AKOKNYA....

DAN HASILNYA

SEPERTI 

INI


















No comments:

Post a Comment