Wednesday, August 1, 2012

~BIHUN BAKSO~



assalamualaikum semua para sahabat2xku..??bagaimana puasa arini..??
mudah2xan puasa kite pada arini diterima oleh 
ALLAH..
insya-allah.
AMIN
~*,^~

alhamdulillah pada hari ini,ana sempat berbuka puasa bersama kakakku sayang bakal khirij..
arini...
tercatatlah sejarah
untuk kali pertama dan maybe kali terakhir di jordan berbuka puasa ngan beliau..
wajah keriangan terpancar diwajah beliau apabila
menerima pelawaan dari ana..
untuk masak special untuk beliau..


NAK TAHU PA..??
mestilah dah tahu awai2x..
sebab nama tajuk pun.
dah dapat tao kan..!!

haaa..!!
x special pun..
eh,lebih kurang la 2..
mana nak cari bakso di negara arab..
haaa..??
jawab2x..!!
heeee..
so..??
haaa..apa macam..??
special bukan..?

dengan lafaz bismillah..
terciptalah sejarah bakso  wujud di negara jordan..
hehe~

jom kite semak resepi...

~BIHUN BAKSO~

BAHAN-BAHAN;

*1 paket bihun

(untuk bebola daging)

*400gm daging cincang frozen
*2biji bawang diracik halus
*2 bwang putih diracik halus
*1/2 biji telur (dipukul)
*2 sudu kecil tepung gandum/ubi/jagung
*sedikit lada sulah dan secubit garam

(untuk kuah)


*1 biji bawang merah dihiris
*1 bji bawang merah(diblend)
*2 ulas bawang putih(diblend)
*1/2 inci halia (diblend)
(ana x dak stok halia,cuma da serbuk halia sahaja)
( digantikan dengan1 sudu kecil serbuk halia)
*1 sudu besar serbuk lada sulah
*1 batang serai dititik
*1-2 sudu besar pati ayam
*2 batang carrot(setengah dipotong biasa dan setengah diblend)
*cendawan(dicarik halus2x)
*2 sudu minyak masak
*air secukupnya
*sedikit garam

CARA-CARA:

(untuk kuah)

1.blendkan bawang merah,putih dan carrot sehingga lumat.

kenapa ana blend carrot..??
kerana respi asalnya adalah tumbuk..tetapi ana pikir blend pun ok..
dan apabila ingin blend..
barang yang da hanyalah bawang putih sahaja..
so,ana wat resepi sendiri..
blendkan bawang merah.putih bersama carrot..

2.masukkan minyak kemudian tumis bahan2x yang telah diblendkan sehingga naik bau kemudian masukkan
serai..

kenapa warna sebegitu..??
kerana carrotkan warnanya oren..
so jadi gitulah..

3.masukkan air,pati ayam,serbuk halia dan sulah.
4.masukkan carrot sehingga lembut

5,masukkan akhir sekali sayur cendawan dan bersama garam secukup rasa.

6.apabila mendidih masukkan bebola daging yang sudah siap direbus..
7.siap dimakan 

(untuk bebola daging)

CARA-CARA;


pinggan pertama,daging
pinggan kedua telur telah dipukul
pinggan ketiga tepung


1.masukkan bawang putih,merah yang telah diracik bersma garam dan lada sulah..gaul sehingga sebati..

2.bentukkan saiz bebola mengikut keseleraan anda masing2x..

3.guling2xkan bebola dengan telur sehingga rata

4.kemudian guling2xkan bebola yang telur dicelur telur bersama tepung pula.

5.siap untuk direbus.

6.didihkan air...selepas mendidih..dengan lafaz bismillah masuk perlahan2x ke dalam periuk..

7.bebola akan masak apabila bebola tersebut timbul keatas..angkat dan tapis dengan perlahan2x..

rupa bebola daging setelah direbus dan siap sedia untuk dimasukkan ke dalam kuah..

sementara menunggu kuah masak..kite celurkan bihun terlebih dahulu.


ALHAMDULILLAH..

sedia dimakan..!!


menu special untukmu kak hamizah...
makan puas2x naa..
kak mija sorang ja ni..

*BIHUN BAKSO*
*SLASH VIMTO*
*SAGU BERENDAM*
*SAMBAL KICAP*

siap sedia untuk berbuka..
hai..
da orang 2 X sabarlah..
SABAR YA!!
kak mija...
(*,^)

air yang menawan hati kak mija bersama pencuci mulut..
seronok tengok kak mija makan tadi..


ALHAMDULILLAH..
hari ini rezeki akak
sya masakkan khas untuk akak..
~semoga ramadhan terakhir di jordan ni membawa makna~
dan
~entri kali ini membawa makna kepadamu wahai kakakku sayang~

-jangan lupakan adikmu-
-adik seronok melihat kakak tersenyum riang apabila melihat makanan tadi-
-insya-allah panjang umur kite berjumpa lagi-
-nak rasa masakan saya lagi,mai rumah..,insya-allah pintu sentiasa terbuka menerima tetamu-

-semoga berjaya khirij pada sem ni-
-adik sentiasa mendoakan kejayaan kakak-
bitaufiq ya ukhti habibati..

sekian,

WASSALAM..


















No comments:

Post a Comment