Wednesday, July 25, 2012

~KEK KAREMAL APPLE~


hari ni,pada tarikh 25/07/2012,tercatatlah sejarah ana buat kek caremal epal ni..tapi,ni bukan first time buat..dah kali berapa ntah..x ingat la..sebenarnya,ana bukan jenis masak ikut sukatan..bila nak kek ni,mana boleh x ikut sukatan..mahu x jadinya..kan2x..?? so,kalian semua..ikut tao sukatan ni..jom kite layan tengok gambar dahulu..cuci mata,sebelum mahu berbuka kan..jangan terliur sudah...!


    GAMBAR DARI DEKAT...  


 macam nak bagi hantaran ja kan..??eh,mana da kek buh dalam bakul maa..aiyooo!!


ala..x kisah la..kek dok dalam mana pun..janji kek ni masuk jugak dalam perut..kan..??heee~ (*,^)

jom kite semak respi:

bahan2x; (18cm)

  • *** Karamel epal***
  • 1 biji epal
  • 30g gula
  • sedikit serbuk kayu manis (optional)
  • *** Kek
  • 50g gula halus
  • secubit garam
  • 2 biji telur
  • 150g tepung
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 50cc susu segar
  • 90g mentega - dicairkan

cara-caranya:

Cara-cara

  1. Kupas kulit epal. Buang biji dan potong dalam 3-5 cm atau ikut suka.
  2. *** Buat Karamel: Letak gula atas api. Bakar sehingga jadi karemal. Kemudian masukkan epal. Biar sehingga epal lembut atau air kering. Padamkan api.
  3. Masukkan gula, garam ke dalam mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga gula hancur.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga berbuih.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dengan BP . Kacau sebati
  6. Campur susu. Kacau biar sampai lembut/sebati
  7. Masukkan karamel epal tadi. Kacau sebati
  8. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170 degree selama 40-45 minit
  9. Bila dah siap boleh wrap dgn plastik wrap. Dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.

2 comments: