Thursday, July 26, 2012

~NASI DAGING DAN GULAI DAGING~


Alhamdulillah selesai juga berpuasa untuk hari ke 7..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..rezeki di bulan mulia tidak putus2x..ALLAHU AKHBAR!!..ok..arini,hari istimewa...sebab pa..??sebab ana wat rumah terbuka la juga..tapi,sayang..ramai x dapat mai...sebabnya dapat jemputan puasa di luar..hmmmmm...x pa2x..walaupun x ramai..majlis berbuka puasa di rumah saya tetap berlansung..alhamdulillah..arini,saya buat menu..nasi daging bersama gulai daging..ala,x la istimewa sangat....besa2x ja..(*,^) jom kite semak resepinya...

~NASI DAGING~

bahan-bahan:
*6 cawan beras basmati
*6/7 cup air rebusan daging
*2 sudu rempah kurma(bancuh dengan rebusan daging)
*1 labu bawang merah (dimayang)
*2 ulas bawang putih(dihiris)
*1 inci halia (dihiris halus2x)
* rempah 4 beradik (bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kayu manis)
*3 sudu butter
*garam secukup rasa

cara-cara:

1.cairkan butter..masukkan bawang merah,putih,halia dan rempah 4 beradik..masak sehingga naik bau..
2.tumiskan air rempah kurma sehingga pecah minyak..
3.masukkan beras dan gaulkan sehingga sebati.
4.kemudian akhir sekali masukkan air rebusan daging(nak letak daging sekali pun lagi bagus) 
5,masukkan garam secukup rasa dan sedia dimasak..

~selamat mencuba~


-nasi daging perantauan-




~GULAI DAGING~

bahan-bahan:

*500gm daging lembu fresh
*1 liter air 
*1 tin santan
*rempah 4 beradik (bunga lawang,cengkih,kayu manis,buah pelaga)
*1 biji tomato(dibelah 6)
*3 helai cendawan
*2x asam keping
*1 labu bawang merah (diblend)
*1 batang cili merah (dibelah dua sahaja)
*1 biji kentang besar (dibelah kepada 12)
*1/2 hirisan bawang merah
*1 inci halia
*3 sudu rempah kari daging faiza
*2 sudu minyak masak


cara-cara:

1.masukkan minyak di dalam kuali setelah kuali sudah panas..
2.tumis hirisan bawang merah,halia,dan rempah 4 beradik sehingga naik bau.
3.masukkan rempah kari daging sehingga pecah minyak.
4.masukkan bawang yang sudah diblend..
5.masukkan kentang,,dan biarkan sehingga empuk..
6.masukkan santan..(selalu kacau agar x berketul) dan letakkan asam keping dan 1 cawan air
7.kenudian masukkan daging yang telah rebus terlebih dahulu,tomato,cendawan..
8.masak semua ni sehingga sebati..dan sedia di makan..

noted; saya rebus daging terlebih dahulu selama 2 jam setengah di rice cooker..(untuk mendapatkan kelembutan dagingnya)



~gulai daging perantaun~

menu kami pada arini..
*NASI DAGING*'
*GULAI DAGING*
*KEK KAREMAL APPLE*
*BUAH APPLE ARABELLA*
DAN 
*SLASH VIMTO*

~SELAMAT MENJAMU SELERA~

No comments:

Post a Comment