Tuesday, July 31, 2012

~NASI TUNA OMANIAH~

..بسم الله الرحمن الرحيم..


 sebelum berkongsi resepi ingin mengucapkan selamat menjalani bulan ramadhan ini
dengan sebaik mungkin..

semoga segala amalan kite diterima oleh ALLAH..

insya-allah.

~AMIN~


kali ini ana ingin berkongsi resepi dari negara oman..makanan ini agak popular dikalangan mereka..

JOM KITE SEMAK RESEPI!!



~NASI TUNA OMANIAH~

atau

~تحت الأرز مع تونا~

BAHAN-BAHAN:

*4 sudu minyak masak
*1 bawang besar
*1 biji kentang(dipotong dadu)
*2 sudu rempah briani
*2 sudu pati tomato
*1 biji tomato(dibuang kulit dan dipotong dadu)
*daun sup (dipotong halus2x)
*1 sudu lada hitam
*1 batang lada benggala(potong dadu)
*1 batang cili hijau (dipotong dadu)
*1 tin tuna
*2 cawan beras basmathi
*4 cawan air
*secubit garam


CARA-CARA:

1.rendamkan beras selama 10minit..
2.kemudian masukkan beras yang telah direndam ke dalam periuk bersma 3 cawan air..
3.masak sehingga nasi kelihatan lembut sedikit..(masak dengan air yang banyak)
4,kemudian tapis nasi..ketepikan dan masak lauknya pula..
5.Panaskan minyak didalam kuali..kemudian tumiskan bawang,kentang,kesemua cili sehingga naik bau..
6.kemudian masukkan tomato,dan pati tomato masak,daun sup..dan biarkan seketika..
7.masukkan rempah briani,lada hitam,bersama tuna..
8.biarkan selama 3 minit untuk menjadikan masakan lagi sedap..(kaco sekejap2x sahaja)
10.masukkan sedikit garam..
11.setelah tuna sudah masak,matikan api..dan masukkan nasi yang telah masak berasingan diletakkan diatas tuna tersebut..

akan menjadi sebegini..


nasi atas tuna..

12.tutup periuk dan biarkan selama 5 minit..untuk mendapatkan kelazatan yang berganda..hehe~
13,sedia dimakan...

hasilnya:


pandangan dekat.


pandangan sedikit jauh..

~SELAMAT MENCUBA~

sebelum berbuka..baca doa banyak2x ya..
selepas berbuka jangan lupa lafazkan kalimah ini sebanyak mungkin..


الحمد الله

sekian,

WASSALAM.







No comments:

Post a Comment