Tuesday, July 31, 2012

~RAMADHAN TERAKHIR DI JORDAN~


ISTIMEWA UNTUKMU WAHAI KAKAKKU...,



Buat tatapan kakakku,
Pabila menatap wajahmu,
Yang menampakkan keayuan,
Berbungalah harapanku..
Sebagai adik jua teman..


Agar engkau kakak,
Menjadi insan solehah,
Juga berdiri,
Menjadi insan dikagumi..


Aku tahu,
Aku sedar,
Tidakku mampu mengukir bait2 kata,
Untukku melukis segala kenangan terindah..


Kakakku sayang,
Mungkin esok tiada lagi seperti dulu,
Tiada lagi gurau senda darimu,
Hanya secebis ingatan waktu bersamamu,
Dan sulaman gubahan rindu yang tak mengenal jemu..


Kakakku,
Dulu..
Gurauan senda mengulit gelak tawa bersama,
Dulu..
Menangis kecewa dalam dakapan bersama..


Tapi RAMDHAN akan datang,
Engkau tiada lagi disampingku,
Mungkin segalanya kan sepi,
Menjadi sebuah diari buat diriku..

Kerana daerah baru menanti dirimu...

Andai dapat kau tahu,
Aku ingin bersamamu,
Pasti!! Hari ini aku disisimu,
Pastinya hari ini akan seperti selalu..

Kakak,
Suluhan kemesraanmu sinari hidupku,
Mutiara azimat saktimu,
Pelangi hatiku,
Agar tautan kasih akan terus subur setiap waktu..


Kakakku tersayang,
Moga kemesraan kan berpanjangan,
Mekar mewangi dalam hati,
Ukhwah ini harus dijagai,
Rantailah dengan kejujuran,
Gelangilah dengan keikhlasan,
Hiasilah dengan bunga2 keazaman,
Moga hari yang mendatang,
Terpancar sinar kebahagiaan..


Andai.. segalanya hangus,
Andai.. air jadi batu,
Andai.. putih jadi kelabu,
Aku akan cekal mengharungi hidup,
Sekalipun aku disini..
aku tetap meneruskan perjuangan..
untuk mengikuti jejak langkahmu
wahai kakakku
sayang..


Jika kutahu begini peritnya perpisahan, tidak akan ku hulurkan tangan berjabat ukhwah dengan kalian.. "Ya Allah, berkatilah hubungan kami Ya Allah.. Jadikan pertemuan kami yang hanya seketika ini membibitkan ikatan yang berkekalan sehingga ke SyurgaMu Ya Allah!!"


semoga kakakku berjaya merempuh liku-liku kehidupan yang penuh mencabar dengan
hati yang tenang..
dan adikmu sentiasa mendoakan kebahagian kakak dunia serta di akhirat..
BITAUFIQ WANNAJAH ALA KULLU HAL..

dari adikmu yang merinduimu...

sekian..

WASSALAM..









No comments:

Post a Comment