Tuesday, August 14, 2012

~OREO CHEESE CAKE~


Kite mulakan dengan lafaz bismillah terlebih dahulu..
alhamdulillah selamatlah berpuasa pada semalam..
lambat ana update arini kan..??
busy ke..??
x da lah busy..tapi,badan letih..so kena rehat banyak2x..
kena rehat banyak2x sebelum my mom smpai jordan..
napa kata sebegitu..??
sebab bila my mom dah mai jordan..
jatuhlah ke atas saya..
tanggungjawab sebagai anak 
x sabarnya nak berbakti pada mak..
memasak 
mengemas
jadi imam setiap waktu..
ya allah,
ku rindui sangat itu..
x pa2x,
lagi 2 hari ja..
sabar2x..
huhu~

kawan2x ana sering bertanya pada ana,
'enti dok umah,x bosan ke..??x takut..??enti dah la jenis x layan movie..dok watpa ja..?'
haaa..soalan2x ni sering ditanya bila setiap cuti sem..
smpai ana dah leh hafal..
hmmm..
nama pun single..
bukan double lagi kan..
time single ni la,
mempraktikan
bagaimana menjadi anak yang solehah
dan
seterusnya
menjadi isteri solehah
seperti kalam didalam gambar ni


haa..paham dak..??
mak ana selalu berpesan..
kalo nak dapat suami soleh..
kenalah jadi solehah..
ku bertanya:
tapi 
mak..
cmna nak jadi solehah..??
mak pula berkata:
kenalah rajin tolong mak..
 rajin membaca al-quran
dan memahami isi kandungannya
memahami ilmu agama yang dipelajari lalu mempraktikannya
rajin masak
rajin mengemas
pandai memahami hati orang tua
jangan derhaka pada orang tua
dan 
sentiasalah mengingati ALLAH setiap waktu x kira dimana kite berada..
yang paling penting!!
bila dah buat semua perkara diatas..
HATI PERLU IKHLAS!!
ana pula menjawab:
'mak selalu berpesan hati perlu ikhlas,tapi sebenarnya untuk mendapatkan sebuah keikhlasan
itu bukan ke susah..??'
mak ana pula menjawab:
'susah tapi tidak mustahil,kalo hati kite kata CINTAKAN pada ALLAH,
kite mesti beristiqamah sesuatu perkara..bila kite istiqamah dalam semua perkara..
sedar x sedar,keikhalasan itu hadir dalam hati kecil kite..'
ana pula berkata:
(bercakap di dalam hati)
'ALLAH,menjadi sesuatu perkara istiqamah itu bukanlah mudah..'
lalu ku berdoa di dalam hati kecilku
'YA ALLAH,
ENGKAU bimbinglah daku,ENGKAU peganglah hatiku sekuat2xnya agar aku tidak
jatuh dari landasanMU,dan ENGKAU jodohkanlah aku dengan 
INSAN yang boleh pimpin tanganku sampai ke SYURGA FIRDAUSIMU..'


ok..selesailah sudah dialog antara ana dan mak ana..
kite kembali kepada niat sebenar
adalah untuk berkongsi satu resepy..
iaitu

~OREO CHEESE CAKE~


BAHAN-BAHAN:


BASE:

*120g butter (dicairkan terlebih dahulu)
*120g oreo (dikisar halus)
-diasingkan biskutnya-

seperti didalam gambar:

CARA-CARA:


1.campurkan biskut dan mentega.tekankan sehingga padat..
2.masukkan kedalam peti ais untuk membiakan basenya keras.
3.sementara tunggu base mengeras,kite leh buat untuk cheesenya..
rujuk di bawah
noted:
dalam gambar cam terlebih butter,kalian leh kurangkan..
guna 90-100g butter ja..
-
-
-

FILLING:

(bahan A)
*2 biji telur kuning
*120g gula
*160ml susu segar

CARA-CARA:


1.masukkan semua bahan-bahan A tadi ke dalam periuk..
2.masakkan bahan tadi diatas double boiler..
3.kacau sehingga sebati
noted:[Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]



(bahan B):

*250gm cream cheese
*2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih.
-ana guna gelatin halal gel yang ada jual di pasar raya malaysia-
*250gm whipping cream (dipukul sedikit)
*1/2 sudu besar jus lemon
-ana guna 1 sudu kecil esen lemon-
*krim dari biskut oreo sebentar tadi.
*2 keping biskut dipecahkan.

CARA-CARA:


1.pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam bahan(B)
2.pukul sehingga sebati.
3.masukkan pula bahan(A) yang di'double boiling'kan sebentar tadi..
4.gaulkan dengan sebati.
5.tuangkan dalam BASE yang telah disejukkan..
6.masukkan dalam peti sejuk (bukan frezer) dalam masa 2-3 jam.
7.sedia dipotong dijamu untuk berbuka puasa..



~SELAMAT MENCUBA~

noted:
resepy ni x dak letak plain yogurt..kalo nak rasa masam sedkit,bolehlah letak..
ana x letak,sebab x suka masam
(*,^)

sekian,

WASSALAM.

sumber asal:










2 comments:

  1. ziqah buat camna kek nie? kak mmg fail bab kek nie :(

    ReplyDelete
  2. akak ikut la step ziqah tue.insya-allah mesti jadi..(*,^)..sebelum memulakan pa2x..baca bissmillah dulu..hehe~selamat mencuba kak..=)

    ReplyDelete