Tuesday, August 14, 2012

~OREO CHEESE CAKE~


Kite mulakan dengan lafaz bismillah terlebih dahulu..
alhamdulillah selamatlah berpuasa pada semalam..
lambat ana update arini kan..??
busy ke..??
x da lah busy..tapi,badan letih..so kena rehat banyak2x..
kena rehat banyak2x sebelum my mom smpai jordan..
napa kata sebegitu..??
sebab bila my mom dah mai jordan..
jatuhlah ke atas saya..
tanggungjawab sebagai anak 
x sabarnya nak berbakti pada mak..
memasak 
mengemas
jadi imam setiap waktu..
ya allah,
ku rindui sangat itu..
x pa2x,
lagi 2 hari ja..
sabar2x..
huhu~

kawan2x ana sering bertanya pada ana,
'enti dok umah,x bosan ke..??x takut..??enti dah la jenis x layan movie..dok watpa ja..?'
haaa..soalan2x ni sering ditanya bila setiap cuti sem..
smpai ana dah leh hafal..
hmmm..
nama pun single..
bukan double lagi kan..
time single ni la,
mempraktikan
bagaimana menjadi anak yang solehah
dan
seterusnya
menjadi isteri solehah
seperti kalam didalam gambar ni


haa..paham dak..??
mak ana selalu berpesan..
kalo nak dapat suami soleh..
kenalah jadi solehah..
ku bertanya:
tapi 
mak..
cmna nak jadi solehah..??
mak pula berkata:
kenalah rajin tolong mak..
 rajin membaca al-quran
dan memahami isi kandungannya
memahami ilmu agama yang dipelajari lalu mempraktikannya
rajin masak
rajin mengemas
pandai memahami hati orang tua
jangan derhaka pada orang tua
dan 
sentiasalah mengingati ALLAH setiap waktu x kira dimana kite berada..
yang paling penting!!
bila dah buat semua perkara diatas..
HATI PERLU IKHLAS!!
ana pula menjawab:
'mak selalu berpesan hati perlu ikhlas,tapi sebenarnya untuk mendapatkan sebuah keikhlasan
itu bukan ke susah..??'
mak ana pula menjawab:
'susah tapi tidak mustahil,kalo hati kite kata CINTAKAN pada ALLAH,
kite mesti beristiqamah sesuatu perkara..bila kite istiqamah dalam semua perkara..
sedar x sedar,keikhalasan itu hadir dalam hati kecil kite..'
ana pula berkata:
(bercakap di dalam hati)
'ALLAH,menjadi sesuatu perkara istiqamah itu bukanlah mudah..'
lalu ku berdoa di dalam hati kecilku
'YA ALLAH,
ENGKAU bimbinglah daku,ENGKAU peganglah hatiku sekuat2xnya agar aku tidak
jatuh dari landasanMU,dan ENGKAU jodohkanlah aku dengan 
INSAN yang boleh pimpin tanganku sampai ke SYURGA FIRDAUSIMU..'


ok..selesailah sudah dialog antara ana dan mak ana..
kite kembali kepada niat sebenar
adalah untuk berkongsi satu resepy..
iaitu

~OREO CHEESE CAKE~


BAHAN-BAHAN:


BASE:

*120g butter (dicairkan terlebih dahulu)
*120g oreo (dikisar halus)
-diasingkan biskutnya-

seperti didalam gambar:

CARA-CARA:


1.campurkan biskut dan mentega.tekankan sehingga padat..
2.masukkan kedalam peti ais untuk membiakan basenya keras.
3.sementara tunggu base mengeras,kite leh buat untuk cheesenya..
rujuk di bawah
noted:
dalam gambar cam terlebih butter,kalian leh kurangkan..
guna 90-100g butter ja..
-
-
-

FILLING:

(bahan A)
*2 biji telur kuning
*120g gula
*160ml susu segar

CARA-CARA:


1.masukkan semua bahan-bahan A tadi ke dalam periuk..
2.masakkan bahan tadi diatas double boiler..
3.kacau sehingga sebati
noted:[Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]



(bahan B):

*250gm cream cheese
*2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih.
-ana guna gelatin halal gel yang ada jual di pasar raya malaysia-
*250gm whipping cream (dipukul sedikit)
*1/2 sudu besar jus lemon
-ana guna 1 sudu kecil esen lemon-
*krim dari biskut oreo sebentar tadi.
*2 keping biskut dipecahkan.

CARA-CARA:


1.pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam bahan(B)
2.pukul sehingga sebati.
3.masukkan pula bahan(A) yang di'double boiling'kan sebentar tadi..
4.gaulkan dengan sebati.
5.tuangkan dalam BASE yang telah disejukkan..
6.masukkan dalam peti sejuk (bukan frezer) dalam masa 2-3 jam.
7.sedia dipotong dijamu untuk berbuka puasa..



~SELAMAT MENCUBA~

noted:
resepy ni x dak letak plain yogurt..kalo nak rasa masam sedkit,bolehlah letak..
ana x letak,sebab x suka masam
(*,^)

sekian,

WASSALAM.

sumber asal:










Sunday, August 12, 2012

~NASI MAQLUBAH~ (nasi arab)


ALLAHU AKHBAR...
arini, hari yang sangat letih..
kenapa kata sebegitu.??
kerana..
 letih sebab tunggu results final exam..
dah hampir seminggu..tido x lena..
asyik memikirkan peratus keseluruhan sem ja..
smpai masuk mimpi..
tapi..
kadang2x mimpi tue x dak kena mengena pun pasai results ni..
cuma nak habaq..
hati ni dah cuak sangat!!
bohonglah kalo orang kata x cuak nak tengok results final..
kan..??
alhamdulillah..
akhirnya air mataku mengalir lagi..
setelah melihat resultsnya.
tapi kali ini..
air mata kegembiraan..
tiada apa lagi yang dapat ku ungkapkan..
hanya melaungkan..

ALLAHU AKHBAR...
WA..
ALHAMDULILLAH..
YA ALLAH..!!

pada awalnya,ana telah berjanji..jikalo ana leh dapatkan naik peratus..
ana akan buat majlis kesyukuran kecil2xlan..
alhamdulillah pada arini,
ana dapat melansungkan majlis kesyukuran dengan serba sederhana..
mintak maaf kepada yang x dijemput..
kerana,,
umah ana ruangnya sangatlah terhad..
insya-allah..da rezeki..mai umah kite masak sama2x naa..
x mao2x sedih2x..
alolo..senyum sikit..!!

haaa..kang comei gitu!!
hehe~

ok,arini ana ingin kongsi satu resepy nasi arab..
haa..??
apa...??
nasi arab..??
yaaa..nasi arab namanya nasi maqlubah..
kenai dak..??
haaa..
mai jengok gambaq ni lu..
dah berkenan,
baru masuk dapur mulakan projek..
(*,^)


resepy ni ana belajar dari mama angkat ana di jordan ni...
serious sedap dari lain daripada len..
nak tahu apa rahsianya
jom kite terjah!!
resepy...
_
_
_
(NASI MAQLUBAH)


STEP 1:


*2 ekor ayam (potong kepada 8 bahagian)
*1 1/2 buah lemon
*2 sudu rempah ratus ayam (baharat dajaj) 
-boleh dapatkannya dibalad..beli secara timbang
*garam secukup rasa..

CARA-CARA;
1.gaulkan semua bahan2x diatas sehingga sebati,dan perap selama 1/2 hingga 1 jam..

STEP 2:


*air separuh periuk besar..

CARA-CARA:
1.masukkan air kedalam periuk..dan biarkan sehingga mendidih..
2.kemudian barulah masukkan perapan ayam tadi di dalam air yang sedang mendidih.

STEP 3:


*2 biji terung
*3 biji kentang
*1 1/2 bawang besar.

CARA-CARA:
1.sementara tunggu ayam tadi separuh masak,potong semua bahan2x diatas..
2.kemudian gorengkan semua sehingga agak garing.
3.angkat dan ketepikan.

STEP 4:

*1 1/2 kilo beras basmahti
*air secukupnya

CARA-CARA:
1.rendamkan beras kedalam periuk yang terisi air selama 1 jam.

STEP 5:


*2 sudu kecil lada hitam
*2 stok pati ayam
*3 sudu besar rempah maqlubah
*2 sudu besar rempah ayam
*garam secukupnya
*air secukupnya
(air itu adalah air yang dah da time kite rebuskan ayam)

CARA-CARA:
1.ketika menunggu ayam yang sedang direbus...masukkan kesemua bahan2x tadi secukup rasa.
note::::tambah air jika kekurangan..

STEP 6:


1.apabila ayam kelihatan separuh masak..keluarkan ia dari periuk dan diletakkan didalam tray
untuk dibakar dalam oven..
2.bakarkan ayam ni selama 10-15minit dengan api atas (dalam oven)
-jikalo ingin mengunakan api bawah..boleh..masakkan ayam dengan suhu sederhana dalam anggaran 15-20minit..

inilah hasilnya selepas dibakar..

STEP 7:

*beras yang telah direndam selama 1 jam..
-ditapis-

1.step pertama,masukkan terung yang telah digoreng
-gambar ni,ana terlupa nak amik step pertama,gambat ni adalah round 2-

2.masukkan pula kentang yang digoreng bersama bawang goreng.

3.lapisan terakhir ialah,masukkan beras yang telah ditapis..dan ratakan sehingga menutupi lapisan dibawah..
ulangi step ni sehingga kehabisan bahan..
4.dan masukkan air rebusan tadi (rebusan ayam tadi,kite dah letak rempah2x secukup rasa kan.??so,
bila nak masak nasi,x perlu tambah garam atau sewaktu dengannya kerana air rebusan ayam tadi sudah 
mencukupi)

dan inilah hasilnya..
-dimasak atas dapur-

dan boleh juga dimasak di rice cooker..
(*,^)

alhamdulillah siap dimakan untuk berbuka puasa..
terima kasih kepada yang sudi hadir dan memeriahkan iftor di rumah saya sebentar tadi..
tercuit hati saya melihat gelagat kalian..
yang nak balik malaysia..
x lupa jugak sahabat2x ana yang nak p ziarah mesir..
didoakan semoga selamat sampai.
*JANGAN LUPA BACA DOA MUSAFIR TAO!!*
~semoga bergembira dengan jaulah kalian~

alhamdulillah pada menu hari ni 
IALAH
*nasi maqlubah*
*salatoh*
-dimakan dengan maqlubah-
*makaroni cheese*
*cream curstard pudding*
*kurma*
*kek pisang*
*agar2x cocktail*

*air tamar hindi*
*air vimto*
*air rani oren*
*air zam-zam*

ALHAMDULILLAH..
sudah kenyang..dan semua balik senang hati..
tapi,
ana ja x senang hati..
sebab..
ana masak maqlubah kali ni,
macam kekurangan sesuatu..
 x macam selalu ana masak..
rasa serba salah bagi kat kalian..
mintak maaf sangat2x..
huhu~
alaaaaahai..
hmmm..
mungkin hati ni..
dah rindu pada seseorang..
siapa..??
~BIARLAH RAHSIA~
huhu.

sekian,

WASSALAM..





















Saturday, August 11, 2012

~CUSTARD CREAM PUDDING~


bissmillahirahmanirahim..
alhamdullillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
rezeki di bulan posa ini tidak pernah putus..
ALLAHU  AKHBAR!!
alhamdulillah ya ALLAH atas segala nikmat yang
ENGKAU 
curahkan kepada kami,
YA ALLAH!!

pada mulanya ana ingin mengajak kembali kalian untuk mengingati ALLAH..
bagaimana..??
mai ana nak bagi cara..
selalulah kalian basahkan lidah dengan kalimah yang penuh suci ini
pa kalimahnya..??
jom kite tengok gambar dibawah ini..


ala..
x yah bagitao pun,kami dah tao!!
ceh!!
belagak a'lim la tue..!!

استغفر الله العظيم...
bukan begitu..
ana bukanlah ingin menunjukkan diri ana ni a'lim..
dalam hati kecil ana x pernah terdetik pun
nak orang luar pandang ana 
ni seorang a'lim..

cuma..
ana nak tanya..
adakah orang yang sentiasa mengingati ALLAH..
semuanya dianggap a'lim di sisi ALLAH..??
maybe pandangan kalian 
di sisi MANUSIA..
dia seorang yang wara' dan alim
dak pun seorang yang berpura2x a'lim..

setiap orang da cara dia tersendiri untuk mengumpul saham di akhirat sana.
sebagai contoh,menulis blog pasai soal agama,
menulis status2x pasai mengingati ALLAH mahupun mengingati mati
dan sebagainya..
so,ana da kelebihan dari segi masakan..
sambil ana berkongsi resepy 
sambil tue ana selitkan kalimah2x ALLAH..
@ gambar yang tertera zikruallah.
walaupun kalian sekilas pandang..
di situ dah tambah berat neraca dibelah kebaikan kite..
x nak ke..??
so,jangan anggap ana ni a'lim..
ana ingin mengajak kalian masuk syurga bersama2x..
sama2x membuat kebaikan dan berkongsi ilmu..
jom kite tambahkan berat neraca belah kanan kite..
sambil menjengok2x resepy2x di blog ni..
(*,^)

ok,
let's go..we look our resepy..

~CUSTARD CREAM PUDDING~


BAHAN-BAHAN:



*2 biji telur
*80g gula
*1 sudu besar tepung custard
*240ml susu cair/susu segar
*100ml whipping cream
*sedikit esen vanilla


CARA-CARA:

1.masukkan telur,tepung custard,gula ke dalam mangkuk,pukul sehingga semua sebati/gula larut.
2.panaskan susu sehingga hampir mendidih tapi jangan sampai mendidih.kemudian masukkan telur dan kacau.
3.masukkan pula whipping cream dan vanilla.kacau semua itu dengan sebati

4,tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

5,bakar puding selama 30-35minit dengan suhu 180dajah celcius.

6.sedia dimakan

alhamdulillah arini dapat berbuka puasa dengan senior2x yarmouk dan da juga sebahagian
senior yang bakal khirij pada sem pendek ini..
dan alhamdulillah ALLAH memberi rezeki kami pada arini dengan berbuka dengan menu 
yang boleh mengubat rindu kat MALAYSIA..
huhu~

antara menunya ialah..



*nasi lemak utara
*sambal ikan bilis utara
*karipap inti cream custard
*custard cream pudding
*air tamar hindi
*air vimto
*air rani oren
*buah oren.
* buah kurma
*buah tin

~SELAMAT BERBUKA SEMUA~

sekian,

WASSALAM..
















Thursday, August 9, 2012

~KARIPAP CREAM CUSTARD~


assalamualaikum...apa khabar wahai sahabat-sahabatku..??harap2x kalian
sentiasa sihat waa'fiat disamping mendapat kerahmatan ALLAH senantiasa..
(^,^)

arini,suasana irbid dah hampir lengang... pelajar malaysia di jordan sudah pun
meninggalkan bumi irbid ini sedikit demi sedikit..alahai,sunyinya lah..
bukan setakat sunyi tanpa pelajar MALAYSIA ja..
tapi.
asrama arab yang ana duduk ni pun..
dah mula sunyi.
pelajar arab pun nak balik jugak kan negara mereka..
ana..??
hehe~
insya-allah..
lepas grad..ana baliklah bumi MALAYSIA tue..
orang kat sana..
jangan rindu2x tao!!
kalo rindu..
jom kite doa sama2x agar kite dipanjangkan umur untuk berjumpa!!
jangan lupa doa tao!!..
doa itu senjata mukmin yang kuat lagi utuh..
jom kite doa sama2x..

AMIN...!!

hari ini,sekali lagi ana ingin berkongsi tentang resepy cream custard..
jom kite lihat di bawah ini
_
_
_

~CREAM CUSTARD~

*400ml susu segar
*3 sudu tepung custard
*2 sudu tepung jagung
*6 sudu besar gula
*2 biji telur kuning
*sedikit garam
*1 sudu mentega
* 1 sudu kecil esen vanilla.

CARA-CARA:

1,letakkan susu dalam mangkuk,panaskan dengan microwave selama 3 minit tanpa tutup.
2.ayakkan bahan-bahan ni
*tepung cusrtard
*gula
*tepung jagung
kacau dengan sebati.
3.kemudian masukkan kuning telur sikit demi sedikit sambil dikacau.
4.tanpa ditutup mangkuk tadi,masukkan ke dalam microwave selama 5 minit.dalam masa 5 minit tersebut,bawa keluar 3 kali untuk dikacau,kemudian masukkan esen vanilla.
5.bila dah siap,keluarkan dari microwave.masukkan mentega dan kacau cepat-cepat.
6.sedia dimakan..

inilah hasilnya...

untuk membuat seperti karipap..

1.beli sepeerti gambar diatas
(x ingat nama apa,ana selalu panggil dia dorayaki ja..hehe~,ada jual di irbid,jordan..x gaduh nak wat lempeng sendiri..)

2.masukkan inti cream tadi kedalam lempeng versi jordan ni..
3.kemudian lipatkan kepada dua,dan kelipkan disetiap hujung lempeng tadi  sehingga menjadi didalam gambar.

4.sedia dimakan...




erkkk..dah kenyang..hehe~
jemput buat kuih yang paling simple dan cepat ni!!








~SIZZLING CHICKEN AND MUSHROOM~


Allahamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah kite masih dapat merasai ramdhan pada tahun 
ini..
ucapkanlah kalimah (alhamdulillah) atas segala nikmat yang kite dapat
agar kite menjadi insan yang sentiasa bersyukur..

alhamdulillah pada hari ni dapat berbuka dengan satu menu yang cukup 
memberansangkan jiwa anda.
jangan cakaplah orang kat malaysia tue.
semua benda da..
x gaduh nak masak
p restoran mintak order..
terus makan apa yang dingininya.
kan..??
x pa,kan jordan pun boleh buat..
:p
haaa..
nak tahu apa..??


welcome to:



apa..??
kat jordan pun da sizzling ka..??
kalo da ana,x mustahil x da kan..!!
hehe~

jom jamu mata sat..

sizzling yee mee

sizzling sayur campur

haaa..apa macam..??
terancam dak..??
nak tahu bagaimana nak buat..??
jom kite semak resepi...
(*,^)

~SIZZLING CHICKEN AND MUSHROOM~

*4 ulas bawang putih (dihiris halus)
*cendawan shitake (cendawan kering)
-rendamkan cendawan selama 10 minit ke dalam air terlebih dahulu-
*1 keping dada ayam
*3 btang cili kering
-ana x dak stik cili kering,digantikan dengan sebatang cili hijau hidup-
(potong serong)
*2 sudu besar sos tiram
*3 sudu kicap air
*1 sudu kicap cair
*1/2 inci halia (dihiris)
*serbuk lada hitam (mengikut tahap kepedasan anda)
*garam secukup rasa
*minyak bijan beberapa titik
-x dak stok minyak bijan,so x letak..^--^
*carrot (optional)
*sayur bunga kubis (optional)
* air secukupnya
*1 sudu tepung gandum/ubi/jagung.
*sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA:
1.panaskan kuali dan masukkan minyak..kemudian masukkan bawang putih,cili,halia..tumis sehingga
naik bau
2.masukkan pula ayam sehingga separuh garing.kemudian masukkan kicap,dan sos tiram
3.kemudian masukkan sayur2xan seperti carrot dan sayur kobis dam masukkan air secukupnya
4.bancuhkan tepung bersama air dan masukkan ke dalam periuk.
5.masukkan pula,lada hitam,cendawan,garam dan setitik minyak bijan..
6.angkat dan letak ketepi,dan lihat pula langkah2x untuk mensizzlingkannya..
hehe~



LANGKAH-LANGKAH MASAK SECARA SIZZLING:

1.masukkan satu gulung mee/yee mee/ spaghety ke dalam kuali/pant sizzling
yang sedang panas..

2.tuangkan kuah sizzling ke atas mee di kuali secepat mungkin..

3.ketika kuah mengelegak,masukkan segera telur di dalam kuali tersebut.

4.angkat dan sedia dimakan..

~SELAMAT BERBUKA PUASA~