Sunday, February 27, 2011

~NASI LEMAK PANDAN~

sambal..oh,sambal..kegemaranku..tao dak wahai sambal..bertapa lama,ku mengidamkan mu...kui3x..so,pa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......jom wat nasi lemak pandan pengikat kerinduan...haha~

(NAI LEMAK)

BAHAN-BAHAN;
*5 cawan beras
*5 cawan air (pakai air banyak,sebab pakai beras jasmin)
*2 ulas bawang putih(hiris)
*1/2 biji bawang besar
*200gm serbuk santan(dicampurkan dengan air)
*1 inci halia(hiris)
*1 sudu kecil halba
*1 sudu kecil kismis-options
*1 helai pandan(disiat dan simpulkan)
*beberapa titik pewarna hijau
*150gm butter sayuran
*garam secukup rasa

CARA-CARA;

  1. basuh beras kemudian toskan(ketepikan dahulu)
  2. panaskan  periuk nasi..dan cairkan butter di dalam periuk nasi..
  3. kemudian tumis bawang besar,putih,halia bersama halba sehinngga naik bau.
  4. masukkan beras..dan goreng bersama bahan tumis tadi sehingga sekata.
  5. kemudian masukkan air berserta santan yang telah dicampurkan dalam air tadi.
  6. kacau sehingga sekata..
  7. masukkan kismis dan daun pandan..dan garam secukup rasa,beberapa titik perwarna hijau
  8. biarkan sehingga masak..
NOTE;kacau nasi tue selepas 15 minit..supaya santannya tidak berketul..hidang nasi bersama telur rebus,ikan bilis,kacang,timun,sambal...pasti melotop..bommmm..kedabommm!!

(SAMBAL IKAN BILIS)

BAHAN-BAHAN;
*15 batang cili kering
*3 biji bawang besar(kisar)
*3 ulas bawang putih(kisar)
*1 inci belacan(kisar)
*4 sudu sos cili
*4 sudu sos tomato
*1 gengam ikan bilis kecil(goreng dahulu)
*2 keping asam keping
*minyak
*garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA;
  1. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing.kemudian ketepikan
  2. panaskan minyak,tumis bhan2x yang telah dikisar halus tadi..masak sehingga pecah minyak.
  3. masukkan sos cili dan sos tomato,asam keping
  4. masukkan garam dan gula..
  5. masak sehingga agak kering.
NOTE;masak lama2x sambal ni agar masakan ni biar2x meletop..pasti,anda ingin masak berkali2x..hihi~

No comments:

Post a Comment