Tuesday, January 11, 2011

~AYAM GORENG CARAMEL~

Ayam ni,sya masak sekali dengan nasi minyak..boleh aja mahu dimakan begitu sja..hehe~(sedap jugak)..
masakan ni sesuai sgt bg orang yg suka makan manis..terutamanya orng kelantan..di sakan sya ni..pelbagai citarasa..so,sya kenalah masak lauk yang pelbagai rasa..baru adil..so,penggemar makan manis..ni dia resepi yang sangat sesuai untuk anda..cuba jgn x cuba plak..penat sya menaip nii...hehe~





AYAM GORENG CARAMEL


BAHAN-BAHAN
*4 ketul ayam
*3 ulas bwng putih(hiris)
*1 inci halia(hiris)
*2 sudu besar kicap
*2 sudu besar sos ikan
*2 sudu besar sos cili
*1/4 cawan gula perang(dilarutkan dalam air)/ madu..

CARA-CARA

  1. panaskan kuali..masukkan minyak..
  2. tumis bwng dan halia sehingga naik bau
  3. gaulkan ayam bersama kicap,sos cili,sos ikan.(perap 1@2jam)
  4. masukkan ayam yang telah perap td bersama bwng sbentar tadi.
  5. masukkan gula perang/madu
  6. goreng sampai pekat dan sehingga masak.

No comments:

Post a Comment