Tuesday, January 11, 2011

~MAKARONI BAKAR~

saya ini sebenarnya seorang yang suka makan makanan barat berbanding makanan tempatan..kawan-kawan serumah saya ni suka makan makanan tempatan berbanding barat..so,bila giliran saya masak...saya suka masak dua menu.....nak dikatakan rumah kami ini adalah rumah yang penuh dengan rezeki..asal orang datang,atas meja konpem ada makanan..so,pa lagi....berbunga2x la ati depa..di sini,ingin berkongsi resepi makaroni bakar...



MAKARONI BAKAR

BAHAN-BAHAN;
*300gm makaroni
*250gm daging kisar
*4 biji telur(dipukul)
*3 sudu rempah kari
*2 labu bawang besar
*keju parut
*sayur campuran
*1 sudu kecil lada putih
*garam secukup rasa
*minyak

CARA-CARA;
1.rebus makaroni,kemudian toskan..campurkan makaroni dengan telur.
2.panaskan minyak,kemudian tumis bawang besar sehingga naik bau.
3.masukkan rempah kari,sehingga pecah minyak
4.kemudian masukkan daging sehingga masak..(tambah sedikit air apabila goreng daging)
5.masukkan sayur campuran...lada,garam secukup rasa.
6.gaulkan kesemua(makaroni dan daging) ,kemudian letak sedikit minyak keatas loyang..
7.masukkan makaroni keatas loyang.
8.taburkan keju parut keatas makaroni tersebut.
9.bakar dalam oven 180^ (45minit)gambar diatas x sma srti kuantiti 

gambar makaroni diatas,x sma sukatan seperti atas,kerana loyang sya besar...(*'*)


No comments:

Post a Comment