Wednesday, January 12, 2011

~TEMANKU DUNIA AKHIRAT~


WAHAI TEMANKU..

lima ekor anak ikan,
jatuh seekor tinggal empat,
salam kuhulur tanda ingatan,
moga terhibur wahai sahabatku.


Awan putih dilangit biru,
burung camar berlegar-legar,
kerana kasih kita bertemu,
moga kekal terus bersinar.

Rumh api teguh di tanjung,
jadi panduan kapal di laut,
dua hati kukuh disambung,
persahabatan kuat memaut.

Empat perahu tersusun rapi,
lama berlabuh tiada bantuan,
bila bertemu senang di hati,
saat berjauhan rindu-rinduan.



Bayu laut menyapa pipi,
pohon nyiur bagai melambai,
wajah seraut terbayang kini,
rindu berbaur kasih tersemai.

Budak-budak bermain air,
simbah menyimbah bersuka-suka,
diri ni hendak berada hampir,
berkongsi kisah duka dan suka.


Berbuih-buih air dikocak,
mula jernih menjadi keruh,
berkasih-kasih semua hendak,
jerih-perih harus ditempuh.

Kapal layar di tengah laut,
ditiup angin sampai ke pantai,
jangan dibiar luka memaut,
aku ingin menjadi pendamai.

Naik kapal pergi seberang,
kapal berlabuh pulau satu,
rasa janggal ada bersarang,
hairan sungguh tidak ku tahu.


Indah hari mentari bersinar,
ramai orang bermandi-manda,
dalam hati seperti tercalar,
bila jarang bersua muka.

Laut luas biru airnya,
cantik pasir halus memutih,
sudah puas aku bertanya,
mengapa hadir bila merintih?


Awan berbalam nampak memutih,
angin berderu awan pun hilang,
hati di dalam bagai merintih,
mungkin rindu datang bertandang.

Tapak sulaiman lima bucu,
nampak kaku tapi hidupan.
kita berkawan bukan baru,
apa terbuku sama luahkan.


Cengkerang siput dikutip orang,
buat hiasan di dalam rumah,
tiada luput kasih dan sayang,
kerana tuhan budi dicurah.

Bunyi ombak berderu-deru,
memukul pantai tiada henti,
bukan hendak mengadu-ngadu,
hanya menyampai rasa hati.


Istana pasir di tepi pantai,
runttuh rata dilanda ombak,
dikau hadir membawa damai,
walau sengketa kadang mendesak.

Bendera putih diatas menara,
berkibar-kibar ditiup angin,
kerana kasih kita bersama,
percaya sabar jadi pemimpin.


Anak ketam jalan mengiring,
jalan mengiring berpasang-pasang,
ingin berteman sama seiring,
sama seiring bersusah senang.

Kuning merah warna serasi,
hijau biru tetap idaman,
jangan marah duhai sohabati,
senyum selalu cantik menawan.

Arus disekat pantai berbatu,
pantai barat dilanda gelora,
moga selamat bahagia hidupmu,
penuh berkat Allah Taa'la.


Sahabat adalah ibarat,
butir-butir pasir di tepi pantai,
sahabat sejati adalah ibarat mutiara,
diantara butiran pasiran itu.

Kapal terbang penuh muatan,
terbang ke china dari jakarta,
khabar dilayang tana ingatan,
amat merinduimu di malaysia.

Laut biru luasterbentang,
pulau dan darat ditemu jambatan,
kau aku mata tak bertentang,
rindu terikat dalam ingatan.


ombak tak putus dari lautan,
terang mentari hari pun hangat,
salam ku utus tanda ingatan,
kerana budi hati teringat.

terang mentari hari pun hangat,
suburnya kulim juga rumbia,
kerana budi hati teringat,
doaku kirim moga dikau bahagia..








2 comments:

  1. waa..pandai berpantun..haha..terharunya...rindu ka tzi...haha..pa pon nagaji lek lok...buktikan tzi boleh...insyaALLAH...km sentiasa doakan yang terbaik...

    ReplyDelete