BAHAN-BAHAN;
*4 ekor ayam
*2 ulas bawang putih(blend kering)
*1 inci halia(blend kering)
*1 labu bawang besar(mayang)
*beberapa titik kicap pekat
*2 sdu sos tomato
*2 sdu sos cili
*2 sudu serbuk kari daging adabi
*1 sd kecil cili serbuk(kalo nak pedas,tambah lagi..ikut kepedasan anda)
*4 beradik rempah ratus
*1 cawan air(rebus ayam)
* sedikit daun kari (lagi sedap,jika ditambahkan)
*garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
- rebus ayam sehingga separuh masak..angkat ayam..dan goreng seketika..(goreng ayam tersebut agar tidak berkecai isinya..)air rebusan jangan buang..(ketepikan sementara)
- panaskan minyak..tumis bwng dan halia yg tlh diblend bersma bawang besar(mayang) serta rempah 4 beradik..tumis sehingga naik bau..
- kemudian letakkan serbuk kari daging dan daun kari..tumis sehingga pecah minyakk..
- masukkan sos cili,sos tomato,serbuk cili..biarkan sehingga naik bau..
- masukkan ayam..gaul sehingga sebati..
- pabila kering,tambah sedikit air rebusan ayam..
- masukkan garam dan gula secukup rasa
NOTE;masak ayam separuh kering...jikalo mahu tambahkan sayur..dialu2kan...gmbar diatas..sya letak carrot bersama ubi kentang..saya suka pedas,so,sya tambahkan cabai hijau..
No comments:
Post a Comment