tapi,ana x berapa tao la nak wat cam nti..tapi,tetap ada rasanya...hehe~
BAHAN-BAHAN;
*200gm spaghety
*1 tin black beans(da jual di arabella)
*1 inci halia
*3 ulas bawang putih
*2 batang cili hijau(mengikut kepedasan anda)
*2 sudu sos tiram
*1 kiub pati ayam
*1 sudu kicap
*1 sudu tepung jagung(untuk memekatkan kuah sahaja)
*6 batang isi ketam(rebus sahaja,jangan dimasukkan sekali dalam kuah)
*6 batang sosej daging
*1 liter air mineral
*secubit garam
CARA-CARA;
- rebus spaghety,dan toskan(ketepikan)
- buka tin black beans,asingkan air dan kacangnya..ambik kacang,dan tumbuk(x yah smpai lumat)ketepikan dahulu.
- panaskan minyak,tumis bawang,halia,dan cili,smpai kekunigan.
- masukkan air,tunggu sehingga mendidih..masukkan pula,stok pati ayam.
- masukkan black beans yang telah ditumbuk beserta airnya..kacao sehingga sebati.
- masukkan sos tiram dan kicap
- masukkan sosej.tunggu sehingga masak
- kemudiaan,masukkan tepung jagung,(ikut kepekatan yang anda mahukan)
- masukkan garam,siap
- taburkan isi ketam yang telah direbus tadi
~SELAMAT MENCUBA~