Wednesday, January 12, 2011

~SAJAK ISTIMEWA UNTUK MAK DAN ABAH~



MAK...
kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga..
kanku semat ia kukuh jauh ke dalam sudut sanubariku...
wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama..
sering mengganggu lenaku yang kini rantaun orang.

MAK..
segala nasihat yang kau hamparkan padaku...
kanku semat kukuh di dasar ingatanku ini..
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji..
kan menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku.

ohh MAK  KESAYANGKU....
semoga nurkasih-NYA sentiasa melingkari perjalanan kehidupanmu...
terima kasih atas pengorbanan dan jerih perihmu membesarku..
dikaulah bidadari kayangan yang bertakhta dihatiku..

                                                                                                                   ~dirini amat merinduimu~





(KEDUT WAJAH ABAHKU)

kutancap tajam wajahmu,
menyelinap segenap dahi,
hingga menerobos sendi urat,
kutemu luas amal akhirat,
ilmu dunia sebagai keringat.

Terkesima!Rupanya,
tiada garis-garis benci,
ataupun serpihan jalur keji.

kujalar ke bawah lagi...

oh,ternyata!!
kedut tuamu di sudut mata,
petanda abah sentiasa ceria.

kau,insan pemurah senyuman.
cantik,sungguh rekaan Tuhan,
kan..??






~TEMANKU DUNIA AKHIRAT~


WAHAI TEMANKU..

lima ekor anak ikan,
jatuh seekor tinggal empat,
salam kuhulur tanda ingatan,
moga terhibur wahai sahabatku.


Awan putih dilangit biru,
burung camar berlegar-legar,
kerana kasih kita bertemu,
moga kekal terus bersinar.

Rumh api teguh di tanjung,
jadi panduan kapal di laut,
dua hati kukuh disambung,
persahabatan kuat memaut.

Empat perahu tersusun rapi,
lama berlabuh tiada bantuan,
bila bertemu senang di hati,
saat berjauhan rindu-rinduan.



Bayu laut menyapa pipi,
pohon nyiur bagai melambai,
wajah seraut terbayang kini,
rindu berbaur kasih tersemai.

Budak-budak bermain air,
simbah menyimbah bersuka-suka,
diri ni hendak berada hampir,
berkongsi kisah duka dan suka.


Berbuih-buih air dikocak,
mula jernih menjadi keruh,
berkasih-kasih semua hendak,
jerih-perih harus ditempuh.

Kapal layar di tengah laut,
ditiup angin sampai ke pantai,
jangan dibiar luka memaut,
aku ingin menjadi pendamai.

Naik kapal pergi seberang,
kapal berlabuh pulau satu,
rasa janggal ada bersarang,
hairan sungguh tidak ku tahu.


Indah hari mentari bersinar,
ramai orang bermandi-manda,
dalam hati seperti tercalar,
bila jarang bersua muka.

Laut luas biru airnya,
cantik pasir halus memutih,
sudah puas aku bertanya,
mengapa hadir bila merintih?


Awan berbalam nampak memutih,
angin berderu awan pun hilang,
hati di dalam bagai merintih,
mungkin rindu datang bertandang.

Tapak sulaiman lima bucu,
nampak kaku tapi hidupan.
kita berkawan bukan baru,
apa terbuku sama luahkan.


Cengkerang siput dikutip orang,
buat hiasan di dalam rumah,
tiada luput kasih dan sayang,
kerana tuhan budi dicurah.

Bunyi ombak berderu-deru,
memukul pantai tiada henti,
bukan hendak mengadu-ngadu,
hanya menyampai rasa hati.


Istana pasir di tepi pantai,
runttuh rata dilanda ombak,
dikau hadir membawa damai,
walau sengketa kadang mendesak.

Bendera putih diatas menara,
berkibar-kibar ditiup angin,
kerana kasih kita bersama,
percaya sabar jadi pemimpin.


Anak ketam jalan mengiring,
jalan mengiring berpasang-pasang,
ingin berteman sama seiring,
sama seiring bersusah senang.

Kuning merah warna serasi,
hijau biru tetap idaman,
jangan marah duhai sohabati,
senyum selalu cantik menawan.

Arus disekat pantai berbatu,
pantai barat dilanda gelora,
moga selamat bahagia hidupmu,
penuh berkat Allah Taa'la.


Sahabat adalah ibarat,
butir-butir pasir di tepi pantai,
sahabat sejati adalah ibarat mutiara,
diantara butiran pasiran itu.

Kapal terbang penuh muatan,
terbang ke china dari jakarta,
khabar dilayang tana ingatan,
amat merinduimu di malaysia.

Laut biru luasterbentang,
pulau dan darat ditemu jambatan,
kau aku mata tak bertentang,
rindu terikat dalam ingatan.


ombak tak putus dari lautan,
terang mentari hari pun hangat,
salam ku utus tanda ingatan,
kerana budi hati teringat.

terang mentari hari pun hangat,
suburnya kulim juga rumbia,
kerana budi hati teringat,
doaku kirim moga dikau bahagia..








~KUEW TEOW KUNG FU~

hari  ni,tiba2x plak teringin makan kuew teow..tp,nak masak pa dengan kuew teow ni...??lakna,goreng,char keow teow,hailam,kuew teow kuah,bandung,tomyam..hmmm..sumanya dah masak..teringin jugak nak wat  kelainan cikit..so,tunggu pa lagi,sya search kat internet.akhirnya jumpa resepi kuew teow kung fu..resepi dibawah ni,telah diolah oleh sya..sya ni seorang yang degil...x suka ikut resepi sgt,..bila dah tao cara,mula la kat dapur nanti main  cmpak jaa brng yang da..hehe~sebaik menjadi..!!huhu~



BAHAN-BAHAN:
*2 biji telur
*lada hitam?lada putih
*mix seafood(ayam sja pun boleh)
*1/2 cawan tepung jagung
*1 cawan air
*1 ulas bawang putih
*2 biji cili merah.
*sos tiram


CARA-CARA:

  1. pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam /lada putih di dalam mangkuk.
  2. masukkan keow teow dalam mangkuk yang berisi telur
  3. tuang dalan kuali yang dah diletakkan sedikit minyak.ratakan keow teow supaya menjadi nipis.
  4. balikkan supaya kedua2x masak.
  5. masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  6. tumis bawang putih hingga sedikit perang.kemudian masukkan seafood.
  7. tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali
  8. masukkan sedikit lada hitam,cili merah,sedikit sos tiram,dan sayur2an campuran
  9. biarkan kuah sedikit pekat,kemudian tuangkan ke dalam pinggan yang berisi keow teow tadi..


nampak macam rumit..tp,sbenarnya senang jaa..sedap..x percaya..??cuba la sendiri..dok di oversea ni,macam2x teringin..so,kalo nak makan kenalah wat sendiri..x da spa yg nak wat untuk anda..melainkan anda rajin dom dapur..hehe~

~ROTI JALA VERSI JORDAN~

cuti sem 1 sudah pun bermula..so,dalam otak pemikiran sya ni..sya pikir nak memantapkan masakan sya..besalah budak baru belajar kan..??semua ilmu ALLAH,mesti kita halusinya ....bknnya dy datang bergolek2x..so,menu untuk permulaan cuti sem ni ialah roti jala...sebenaqnya time tue,da 4 menu..bnyak bukan..??hehe~antara menu2xnya ialah roti jala,kuih cek mek molek,kuih keria dan makaroni bakar..





BAHAN-BAHAN:
*tepung gandum
*telur
*air
*serbuk kuyit
*garam secuku rasa


CARA-CARA:

  1. masukkan tepung gandum kedalam bekas..
  2. kemudian masukkan air secukupnya..
  3. kaco sehingga sebati..
  4. masukkan telur..kaco lagi sehingga sebati
  5. letakkan sedikit kunyit dan garam secukup rasa.(acuan jgnla terlalu cair dan pekat)

~KEK BATIK MUSTAWA ROBI' BA~

mesti anda tertanya2x sebab pa kek batik ni dinamakan KEK BATIK MUSTAWA ROBI' BA..haaa,ni jawapannya...hmmmm...pa nya..tiba2x lupa pulak..sat2x nak pikir..hmmmmm...hmmmmm...hmmmmm...hmmmm...haa,baru ingat!! kek ni ....kek ni...hmmmm..senang cita kek ni kepunyaan kelas mustawa robi' ba ler..hehe~



BAHAN-BAHAN:
*7 sudu besar cocoa powder
*1/2 tin susu pekat
*1 paket milo (3 in 1)
*1 kotak susu cair
*7 bungkuk biskut marrie
*250gm butter

CARA-CARA
  1. cairkan buttre atas periuk..
  2. masukkan serbuk cocoa dan milo
  3. kaco sehingga sebati,kemudian masukkan susu cair dan susu pekat dengan perlahan2x(awas,jgn smpai berketul,kena sentiasa kaco)
  4. kemudian masukkan biskut(setengah dipatahkan dua.setengah lagi..jgn dipatahkan)
  5. susu ngan penuh teliti untuk menampakkan menarik.
  6. sejukkan dalam peti ais.
topping kek batik,anda boleh hias pa sja anda suka..senang kan..!!kwan seumah sgt suka kek ni..cuba jangan  x cuba..

~UBI GORENG BEREMPAH~

makan pagi selalunya nasi goreng dak pun kentang goreng..bosan kan..??nak wat menu roti ni..saya kurang minat..kalo boleh mmng nak elak la makan roti..hehe~teruk kan..??tp,kalo kebuluq sgt..pilihan terakhir adalah roti..secara kebetulan,p kedai ternampak ubi..so,dalam pemikiran sya untuk menu kali ni ialah ubi goreng berempah..lalala~~



BAHAN-BAHAN
*1 batang ubi 
*1 sudu rempah kari daging
* 1 sudu kecil lada hitam(diblend)
*1 sudu jntan manis,jntan putih(diblend)
*tepung gandum
*air dan garam secukupnya

CARA-CARA
  1. gaul semua bhn2x diatas..
  2. panaskan minyak.
  3. kemudian goreng smpai nmpak kekuningan.
  4. sedia dimakan..(sedap makan panas,rangup sgt)


sory ek...gmbaq diatas x berapa lawa..sebabnya sakan saya ni sering x da air..tue yang da plastik..hehe~buat2x x nampak la plastik tue yaa..

~CREAMY CHICKEN SOUP~

ingat x,menu nasi cendawan sebentar tadi..saya guna soup cendawan yang kawan sya bawak balik..tp,malangnya sya guna banyak..secara kebetulan dy puasa plak time tue..so,qasa serba salah la plak..so,sya wat surprise untuk dy..sya search internet cmna nak wat soup tue..tp,bahan2x dalam internet,x dak kat jordan..buntu gak waktu tue..akhirnya sya tnya tuan punya resepi itu..so..tunggu pa lagi..jommm  masuk dapur!!!hehe~


BAHAN-BAHAN
*2 keping dada ayam
*1 biji bwng besar
*2 ulas bwng putih
*sayur campuran
*1/2 cawan mushroom (dihiris)
*1 kiub pati ayam
*4 cawan tepung gandum
*1/2 cawan susu cair
*1 sudu serbuk lada putih
*air secukupnya

CARA-CARA

  1. Tumis bawang sampai garing
  2. masukkan ayam dan goreng sampai masak
  3. tambahkan air dan masukkan asyuran campuran..renih sampai empuk
  4. masukkan pati ayam.kaco smpai sebati.
  5. bila sayuran dah empuk,masukkan bancuhan tepung dan susu cair.
  6. kaco smpai pekat.masukkan serbuk lada putih.
  7. masukkan garam secukup rasa.

sedap dimakan panas2x..jgn makan lambat..al-maklumlah musim sejuk kan..!!takot x sedap jaa dan nanti dy cepat berketul..so,bila dah berketul..tambahkan sedikit air ya wahai sahabat2xku...