Wednesday, August 1, 2012

~BIHUN BAKSO~



assalamualaikum semua para sahabat2xku..??bagaimana puasa arini..??
mudah2xan puasa kite pada arini diterima oleh 
ALLAH..
insya-allah.
AMIN
~*,^~

alhamdulillah pada hari ini,ana sempat berbuka puasa bersama kakakku sayang bakal khirij..
arini...
tercatatlah sejarah
untuk kali pertama dan maybe kali terakhir di jordan berbuka puasa ngan beliau..
wajah keriangan terpancar diwajah beliau apabila
menerima pelawaan dari ana..
untuk masak special untuk beliau..


NAK TAHU PA..??
mestilah dah tahu awai2x..
sebab nama tajuk pun.
dah dapat tao kan..!!

haaa..!!
x special pun..
eh,lebih kurang la 2..
mana nak cari bakso di negara arab..
haaa..??
jawab2x..!!
heeee..
so..??
haaa..apa macam..??
special bukan..?

dengan lafaz bismillah..
terciptalah sejarah bakso  wujud di negara jordan..
hehe~

jom kite semak resepi...

~BIHUN BAKSO~

BAHAN-BAHAN;

*1 paket bihun

(untuk bebola daging)

*400gm daging cincang frozen
*2biji bawang diracik halus
*2 bwang putih diracik halus
*1/2 biji telur (dipukul)
*2 sudu kecil tepung gandum/ubi/jagung
*sedikit lada sulah dan secubit garam

(untuk kuah)


*1 biji bawang merah dihiris
*1 bji bawang merah(diblend)
*2 ulas bawang putih(diblend)
*1/2 inci halia (diblend)
(ana x dak stok halia,cuma da serbuk halia sahaja)
( digantikan dengan1 sudu kecil serbuk halia)
*1 sudu besar serbuk lada sulah
*1 batang serai dititik
*1-2 sudu besar pati ayam
*2 batang carrot(setengah dipotong biasa dan setengah diblend)
*cendawan(dicarik halus2x)
*2 sudu minyak masak
*air secukupnya
*sedikit garam

CARA-CARA:

(untuk kuah)

1.blendkan bawang merah,putih dan carrot sehingga lumat.

kenapa ana blend carrot..??
kerana respi asalnya adalah tumbuk..tetapi ana pikir blend pun ok..
dan apabila ingin blend..
barang yang da hanyalah bawang putih sahaja..
so,ana wat resepi sendiri..
blendkan bawang merah.putih bersama carrot..

2.masukkan minyak kemudian tumis bahan2x yang telah diblendkan sehingga naik bau kemudian masukkan
serai..

kenapa warna sebegitu..??
kerana carrotkan warnanya oren..
so jadi gitulah..

3.masukkan air,pati ayam,serbuk halia dan sulah.
4.masukkan carrot sehingga lembut

5,masukkan akhir sekali sayur cendawan dan bersama garam secukup rasa.

6.apabila mendidih masukkan bebola daging yang sudah siap direbus..
7.siap dimakan 

(untuk bebola daging)

CARA-CARA;


pinggan pertama,daging
pinggan kedua telur telah dipukul
pinggan ketiga tepung


1.masukkan bawang putih,merah yang telah diracik bersma garam dan lada sulah..gaul sehingga sebati..

2.bentukkan saiz bebola mengikut keseleraan anda masing2x..

3.guling2xkan bebola dengan telur sehingga rata

4.kemudian guling2xkan bebola yang telur dicelur telur bersama tepung pula.

5.siap untuk direbus.

6.didihkan air...selepas mendidih..dengan lafaz bismillah masuk perlahan2x ke dalam periuk..

7.bebola akan masak apabila bebola tersebut timbul keatas..angkat dan tapis dengan perlahan2x..

rupa bebola daging setelah direbus dan siap sedia untuk dimasukkan ke dalam kuah..

sementara menunggu kuah masak..kite celurkan bihun terlebih dahulu.


ALHAMDULILLAH..

sedia dimakan..!!


menu special untukmu kak hamizah...
makan puas2x naa..
kak mija sorang ja ni..

*BIHUN BAKSO*
*SLASH VIMTO*
*SAGU BERENDAM*
*SAMBAL KICAP*

siap sedia untuk berbuka..
hai..
da orang 2 X sabarlah..
SABAR YA!!
kak mija...
(*,^)

air yang menawan hati kak mija bersama pencuci mulut..
seronok tengok kak mija makan tadi..


ALHAMDULILLAH..
hari ini rezeki akak
sya masakkan khas untuk akak..
~semoga ramadhan terakhir di jordan ni membawa makna~
dan
~entri kali ini membawa makna kepadamu wahai kakakku sayang~

-jangan lupakan adikmu-
-adik seronok melihat kakak tersenyum riang apabila melihat makanan tadi-
-insya-allah panjang umur kite berjumpa lagi-
-nak rasa masakan saya lagi,mai rumah..,insya-allah pintu sentiasa terbuka menerima tetamu-

-semoga berjaya khirij pada sem ni-
-adik sentiasa mendoakan kejayaan kakak-
bitaufiq ya ukhti habibati..

sekian,

WASSALAM..


















Tuesday, July 31, 2012

~SAGU BERENDAM~


~بسم الله الرحمن الرحيم~

Kite mulakan entri kite dengan lafaz bismillahirahmanirahim..moga2x kite dapat kerahmatan oleh
ALLAH..
insya-allah..
amin ya rabbal a'lamin..
(*,^)

kalian pernah dengar ke sagu berendam..??mesti kalian heran kan...??x pernah dengar pun.
dak pun x pernah wujud..
hmmm..
sebenarnya ana pun x tao wujud ke x..
hehe~
pada asalnya memang nak wat kuih sagu bersalut ngan kelapa..
tapi..
cam x kenal ana..
mula-mula leh cakap nak ikut resepi.
bila dah tengah2x..
ubah fikiran memanjang..
almaklumlah..
suka reka resepi sendiri..
atas 
pengalaman
dan 
pemerhatian
ana ...
SO..??
terciptalah sejarah kuih ini..
*SAGU BERENDAM*
 jom kite semak resepi..

~SAGU BERENDAM~


BAHAN-BAHAN:

*1 cawan sagu merah
*2 sudu cordial vimto
*3 cawan air
*3/4 cawan gula pasir


rupa cordial vimto dari dekat..


boleh dapat dimana2x kedai yang berhampiran..(hanya jordan sahaja)

CARA-CARA:


1.Panaskan air + cordial vimto sehingga mendidih.


2.Masukan sagu, kemudian kacau rata.

3.Masukan gula, gaul dengan rata

4. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 

ataupun masukkan apa2x bentuk acuan pun..

5.sejukkan 5minit dan dimasukkan ke dalam peti ais..

(bagaimana boleh dipanggil berendam..??)
ok jom kite semak resepi untuk buat dia berendam..
hehe~

BAHAN-BAHAN;

*1 tin buah coktail
*3 sudu besar susu cair
*3 sudu susu pekat
*2cawan susu (dalam kotak)

CARA-CARA:
1.masukkan susu kotak ke dalam bekas..
2.kemdian masukkan susu pekat,susu cair dan coktail..
3.dan akhir sekali masukkan sagu yang telah disejukkan..

 rupa sagu setelahku rendamkan..

mencari2x sinar cahaya cinta di dalam lautan..
akhirnya kutemu
cinta
yang
SATU!!
hehe~



tengah2x tue ialah sagu berendam..
diapit oleh
slash vimto!!
yummy3x..


pandangan dari dekat..


sagu berendam pembuka selera di bulan RAMADHAN..

~SELAMAT MENCUBA~

sekian,

WASSALAM..












~RAMADHAN TERAKHIR DI JORDAN~


ISTIMEWA UNTUKMU WAHAI KAKAKKU...,



Buat tatapan kakakku,
Pabila menatap wajahmu,
Yang menampakkan keayuan,
Berbungalah harapanku..
Sebagai adik jua teman..


Agar engkau kakak,
Menjadi insan solehah,
Juga berdiri,
Menjadi insan dikagumi..


Aku tahu,
Aku sedar,
Tidakku mampu mengukir bait2 kata,
Untukku melukis segala kenangan terindah..


Kakakku sayang,
Mungkin esok tiada lagi seperti dulu,
Tiada lagi gurau senda darimu,
Hanya secebis ingatan waktu bersamamu,
Dan sulaman gubahan rindu yang tak mengenal jemu..


Kakakku,
Dulu..
Gurauan senda mengulit gelak tawa bersama,
Dulu..
Menangis kecewa dalam dakapan bersama..


Tapi RAMDHAN akan datang,
Engkau tiada lagi disampingku,
Mungkin segalanya kan sepi,
Menjadi sebuah diari buat diriku..

Kerana daerah baru menanti dirimu...

Andai dapat kau tahu,
Aku ingin bersamamu,
Pasti!! Hari ini aku disisimu,
Pastinya hari ini akan seperti selalu..

Kakak,
Suluhan kemesraanmu sinari hidupku,
Mutiara azimat saktimu,
Pelangi hatiku,
Agar tautan kasih akan terus subur setiap waktu..


Kakakku tersayang,
Moga kemesraan kan berpanjangan,
Mekar mewangi dalam hati,
Ukhwah ini harus dijagai,
Rantailah dengan kejujuran,
Gelangilah dengan keikhlasan,
Hiasilah dengan bunga2 keazaman,
Moga hari yang mendatang,
Terpancar sinar kebahagiaan..


Andai.. segalanya hangus,
Andai.. air jadi batu,
Andai.. putih jadi kelabu,
Aku akan cekal mengharungi hidup,
Sekalipun aku disini..
aku tetap meneruskan perjuangan..
untuk mengikuti jejak langkahmu
wahai kakakku
sayang..


Jika kutahu begini peritnya perpisahan, tidak akan ku hulurkan tangan berjabat ukhwah dengan kalian.. "Ya Allah, berkatilah hubungan kami Ya Allah.. Jadikan pertemuan kami yang hanya seketika ini membibitkan ikatan yang berkekalan sehingga ke SyurgaMu Ya Allah!!"


semoga kakakku berjaya merempuh liku-liku kehidupan yang penuh mencabar dengan
hati yang tenang..
dan adikmu sentiasa mendoakan kebahagian kakak dunia serta di akhirat..
BITAUFIQ WANNAJAH ALA KULLU HAL..

dari adikmu yang merinduimu...

sekian..

WASSALAM..









~BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK2X YATIM~

semalam 30/07/2012..kami akhawat dari irbid,jordan telah mendapat jemputan dari markaz itam
(yaitu pusat anak2x yatim jordan)..berbuka puasa bersama dengan mereka sambil 
menderma..

pada mulanya,sahabat ana yaitu mira,dia telah letakkan nama saya dan beberapa orang lain berbuka
puasa di rumah JUTAWAN arab di irbid ini..
ingat x..??
post ana yang sebelum ini..
...??
kalo x ingat..
x tao..
x mengapa..
x salah pun kalo x tao..
(*,^)

TIBA-tiba
pada suatu hari ini ana ternampak satu post di ruang iklan irbid di group facebook dikalangan pelajar2x
yarmouk university mahupun university tekno..
yang berbunyi sebegini..

Assalamualaikum. iklan ulangan!

untuk semua akhawat, dijemput dtg ke iftar amal pada esok hari di mujamma' nqaabat.

Dianjurkan oleh markaz aitam.

Tentatif: Iftar, solat maghrib, sedikit persembahan anak yatim dan kutipan derma.

Ajak ramai2 datang ye!

*sebelum maghrib sudah berada di sana.

hehe~ 
COPY PASTE JA..

lepas ana nampak ja iklan tue,terus contact dengan kawan2x untuk mengajak beramai2x ke sana
...dan semalam alhamdulillah kami dapat hadirinya..

tiba2x air mataku tergenang lalu menitis dipipi kemerahanku..


kenapa ya..??

KERANA..

teringat tentang diaolog dibawah ini..

dan kini engkau tiada disisiku lagi
dan 
tugasku untuk mendoakan mu
agar berbahagia
di SANA..

abah..


hmmm..apalah perasaan anak yatim ni..
mereka kehilangan ayah dan ibu
sejak mereka kecil
lagi..

hmmm...
:(
diri ini hanya dapat mengawal diri mengalunkan ayat sucu al-quran..


ini adalah gambar kenangan kami bersama MEREKA..


muka yang ceria..
yang sentiasa melaungkan..
ALLAHU AKHBAR!!


semangat kanak2x kecil turut membakar semangat kami semua..


insya-allah..
kami juga akan turut menjadi
tabah seperti MEREKA.

inilah adalah suasana dimajlis berbuka puasa bersama MEREKA..

sedang membacakan syair pada permulaan majlis..

salah seorang anak yatim mengalunkan ayat suci al-quran..

SUBAHANALLAH!!
cukup merdu suaranya..

antara juadah2x berbuka puasa..

*nasi mandhi*
*air tamar hindi*
*halawiyat*
(pencuci mulut)

antara sahabat2x yang sedang bergembira 
beriftor bersama 
anak2x yatim..

tengok 2 wajah mereka.
penuh keriangan..!!
(*,$)

ada lagi..

antara akhawat yang hadir ke majlis berbuka puasa bersama anak2x yatim..

ain,saa'dah,hazirah dan mira..


salwana,maryam dan shazwani..


dan


KAMI SEMUA!!

sekian,

WASSALAM..