Tuesday, January 11, 2011

~AYAM SAMBAL~

buntu nak masak pa yang simple..??saya da jawapan..pa kata kita masak ayam sambal yang paling simple...kita masak sambal ayam makan bersama roti..perghhhh...sedappp!!x percaya..??cubalah resepi ni..



AYAM SAMBAL

BAHAN-BAHAN
*1 labu bwng merah(Hiris)
*serbuk cili
*sos tiram
*asam keping
*garam
*ayam.

CARA-CARA
  1. panaskan minyak,tumis bwng sampai naik bau.
  2. masukkan serbuk cili..smpai pecah minyak.
  3. masukkan asam keping bersama sos tiram
  4. kemudian masukkan ayam goreng.
  5. siap dihidang bersama roti..

kalo nak cara paling simple(orng kata masak plng malas)ialah ayam goreng tue just ditukarkan daging ayam kisar..sya beli ayam kisar ni murah jaa..jgn takot brng2x mahal..nak buat promotion ayam kisar murah..aritue dalam 0.400jd jaa..x mahai bukan..??so,pa lagi..??buat la..x ssh pun..

~AYAM GORENG CARAMEL~

Ayam ni,sya masak sekali dengan nasi minyak..boleh aja mahu dimakan begitu sja..hehe~(sedap jugak)..
masakan ni sesuai sgt bg orang yg suka makan manis..terutamanya orng kelantan..di sakan sya ni..pelbagai citarasa..so,sya kenalah masak lauk yang pelbagai rasa..baru adil..so,penggemar makan manis..ni dia resepi yang sangat sesuai untuk anda..cuba jgn x cuba plak..penat sya menaip nii...hehe~





AYAM GORENG CARAMEL


BAHAN-BAHAN
*4 ketul ayam
*3 ulas bwng putih(hiris)
*1 inci halia(hiris)
*2 sudu besar kicap
*2 sudu besar sos ikan
*2 sudu besar sos cili
*1/4 cawan gula perang(dilarutkan dalam air)/ madu..

CARA-CARA

  1. panaskan kuali..masukkan minyak..
  2. tumis bwng dan halia sehingga naik bau
  3. gaulkan ayam bersama kicap,sos cili,sos ikan.(perap 1@2jam)
  4. masukkan ayam yang telah perap td bersama bwng sbentar tadi.
  5. masukkan gula perang/madu
  6. goreng sampai pekat dan sehingga masak.

~NASI MINYAK~

orang kata bila da nasi minyak ni..makna kata,da orng kawen..??betoi ke..??haaa,x semestinya kan kwn2x..??so,menu kali ni,nak wat nasi minyak bersama ayam goreng karemel...yummy2x...cubalah resepi ni...dijamin sedap..!!



NASI MINYAK

(BAHAN A)
*2 1/2 cawan beras
*3 cawan air
*1/2 cawan susu cair

(BAHAN B)
*1/2bwng besar
*2 ulas bwng putih
*1/2 inci halia
*4 dik berdik
*1/2 sudu kecil
      -jintan putih
      -jintan manis
*1 kiub pati ayam
*1/4 kismis
*3 sudu minyak sapi

CARA-CARA
  1. basuh beras,kemudian toskan
  2. cairkan minyak sapi,tumis semua bahan b sampai naik bau
  3. masukkan beras(goreng ngan bhan tumis)
  4. kemudian masukkan air dan susu serta kismis.
  5. sedia dihidang bersma ayam goreng karemal @ ayam masak merah.
nasi minyak ni sya masak secara pukal kerana ada kenduri kesyukuran..so,gmbr diatas dimakan atas talam,sesuai dimakan untuk 4@5 orng..ketika ini,sya wat nasi minyak makan bersama ayam masak merah serta ayam goreng karemel...sya dua lauk kerna,sesetengah suka manis...sesetengah suka pedas...so,depa da pilihan..SELAMAT MENCUBA....

~NASI TOMATO~

hmmm...mai jordan ni,bosan la nak makan nasi arab ja..teringin plak nak makan nasi tempatan..pa ek..??haaa,wat nasi tomato..bru da kelainan sikit..selera pun da..dibwah ni saya ingin berkongsi resepi..sgt simple..bhn2x dy pun da dijual di jordan ni..



NASI TOMATO:
*3 cawan beras
*3 cawan air
*3 sudu tomato puree
*1/2 susu cair
*1 kiub pati ayam
*1 ulas bwng besar(hiris)
*1 inci halia(hiris)
*buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis(4 dik beradik)
*2 sudu butter

CARA-CARA:

  1. Panaskan periuk,letak butter,kemudian tumis 4 dik beradik.
  2. masukkan bwng dan halia yg tlh dihiris td kedalam periuk..
  3. selepas naik bau,gorng beras..
  4. masukkan air,susu cair dan kiub pati ayam
  5. gaul sehinnga sebati.

AYAM MASAK MERAH;

BAHAN-BAHAN:
*4 ketul ayam
*sebiji tomato(diblend)
*serai(diketuk)
*1 labu bwng besar(diblend)
*5 tangakai cili kering(boleh juga guna serbuk cili)
*2 sudu sos cili
*garam dan gula secukup rasa.

CARA-CARA:
  1. goreng ayam bersama kunyit..kemudian ketepikan..
  2. panaskan minyak kemudian tumiskan bwng besar yg sudah diblend td smpai naik bau.
  3. masukkan serbuk cli@cili kering...masak smpai pecah minyak.
  4. masukkan tomato yg diblend td..
  5. kemudian masukkan sos cili,serai,garam dan gula secukupnya...
  6. siap dihidang..

ACAR SAYUR:

BAHAN-BAHAN;
*timun
*bwng besar
*carrot
*cuka
*garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:
  1. potong sayur secara panjang.
  2. masukkan cuka
  3. kemudian garam dan gula secukup rasa.


~MAKARONI BAKAR~

saya ini sebenarnya seorang yang suka makan makanan barat berbanding makanan tempatan..kawan-kawan serumah saya ni suka makan makanan tempatan berbanding barat..so,bila giliran saya masak...saya suka masak dua menu.....nak dikatakan rumah kami ini adalah rumah yang penuh dengan rezeki..asal orang datang,atas meja konpem ada makanan..so,pa lagi....berbunga2x la ati depa..di sini,ingin berkongsi resepi makaroni bakar...



MAKARONI BAKAR

BAHAN-BAHAN;
*300gm makaroni
*250gm daging kisar
*4 biji telur(dipukul)
*3 sudu rempah kari
*2 labu bawang besar
*keju parut
*sayur campuran
*1 sudu kecil lada putih
*garam secukup rasa
*minyak

CARA-CARA;
1.rebus makaroni,kemudian toskan..campurkan makaroni dengan telur.
2.panaskan minyak,kemudian tumis bawang besar sehingga naik bau.
3.masukkan rempah kari,sehingga pecah minyak
4.kemudian masukkan daging sehingga masak..(tambah sedikit air apabila goreng daging)
5.masukkan sayur campuran...lada,garam secukup rasa.
6.gaulkan kesemua(makaroni dan daging) ,kemudian letak sedikit minyak keatas loyang..
7.masukkan makaroni keatas loyang.
8.taburkan keju parut keatas makaroni tersebut.
9.bakar dalam oven 180^ (45minit)gambar diatas x sma srti kuantiti 

gambar makaroni diatas,x sma sukatan seperti atas,kerana loyang sya besar...(*'*)