Friday, February 4, 2011

~AYAM KANDAR~

ayam masak kandar nii,saya masak ngan nasi serai..qasa ayam ni..cam ayam  ala2x mamak gitu..haa,jgn qasa geli plak..ni bkan mamak yang buat..ni orang melayu muslimah solehah yg buat..jgn takot plak..hehe~(erkk,solehah ka..??hmmm..dalam pencarian cahaya solehah yg sbnr..insya-allah..huhu~)ok,dah2x jgn nak merepek pulak kat sini..yokkk  makan yokkk!!yummy2x..

 

BAHAN-BAHAN;
*4 ekor ayam
*2 ulas bawang putih(blend kering)
*1 inci halia(blend kering)
*1 labu bawang besar(mayang)
*beberapa titik kicap pekat
*2 sdu sos tomato
*2 sdu sos cili
*2 sudu serbuk kari daging adabi
*1 sd  kecil cili serbuk(kalo nak pedas,tambah lagi..ikut kepedasan anda)
*4 beradik rempah ratus
*1 cawan air(rebus ayam)
* sedikit daun kari (lagi sedap,jika ditambahkan)
*garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:

  1. rebus ayam sehingga separuh masak..angkat ayam..dan goreng seketika..(goreng ayam tersebut agar tidak berkecai isinya..)air rebusan jangan buang..(ketepikan sementara)
  2. panaskan minyak..tumis bwng dan halia yg tlh diblend bersma bawang besar(mayang) serta rempah 4 beradik..tumis sehingga naik bau..
  3. kemudian letakkan serbuk kari daging dan daun kari..tumis sehingga pecah minyakk..
  4. masukkan sos cili,sos tomato,serbuk cili..biarkan sehingga naik bau..
  5. masukkan ayam..gaul sehingga sebati..
  6. pabila kering,tambah sedikit air rebusan ayam..
  7. masukkan garam dan gula secukup rasa
NOTE;masak ayam separuh kering...jikalo mahu tambahkan sayur..dialu2kan...gmbar diatas..sya letak carrot bersama ubi kentang..saya suka pedas,so,sya tambahkan cabai hijau..

~NASI SERAI BERSAMA AYAM KANDAR~

maaflah x selalu update..yo la,namo pun student bkannya suri umah sepunuh masa untuk suami kan..??hehe~dok umah sewa,mesti da jadual masak bukan..??so,bkan setiap ari sya masak..kiranya..x bnyakla menu yg dapat dikongsikan bersama..insya-allah..kalo dikurniakan masa waktu yg terluang..dapat la blog ni diupdate..hehe~doa2xla yaa..ok,menu ni dah 5 ari yg lepas..cuma,lambat diupdatekan..biasalah,kehangatan sem 2 udah terasa mesti ingat nak pegang buku ja..tgk dpur pun..jeling2x gitu ja..hehe~ok..jom semak resepi ni..:


(NASI SERAI)

BAHAN-BAHAN:

*2 cawan beras 
*2 cawan air
*1 sd butter
*1 labu bwang besar(kecil punya)(hiris)
*1 inci halia(hiris)
*1 1/2 rempah kurma(x kisah cap pa2x pun,tp,sya guna cap o)
*1 batang serai(diketuk/dititik)
*rempah ratus 4 beradik
*1 sd kecil garam

CARA-CARA;
  1. Basuh beras,kemudian toskan..(ketepikan sementara)
  2. panaskan periuk nasi selama 3 minit,kemudian masukkan butter..tunggu sehingga butter cair..
  3. tumis bawang besar dan halia yang telah dihiris td..bersama rempah 4 beradik sehingga naik bau..
  4. masukkan rempah kurma..gaul sehinnga rata..
  5. masukkkan beras yg telah ditos..kemudian goreng beras tersebut sehingga rempahnya sekata..
  6. masukkan air bersama garam secukup rasa..
  7. tunggu sehingga masak..(nasi ni masak ngan wap...)(so,bila lampu periuk nasi dah terpadam,biarkan dy masak ngan wap..selama 15 minit-20 minit)..
  8. siap dihidang bersama ayam kandar..jemput makan..:)


Saturday, January 15, 2011

~MASHED POTATO~

terigin makan mashed potato yang kat popaye tue...tp,pa kan daya..nak p x larat..bukan sebab malas..tp,time ni saya kurang sihat..so,saya search la kat internet..bahan2xnya bunyi macam pelik..dan x pernah kot dengaq selama ni..tiba2x..sya dapat ilham untuk mengolah resepi ni..jeng2x..nak qasa pa hasilnya..??mai la cuba resepi ni..


BAHAN-BAHAN;
*3bij kentang besar(rebus dan lenyekkannya)
*500ml
*3 stok ayam
*1/2 bawang besar
*200gm mentega
*1 sudu besar sos tomato
*1 sudu besar sos tiram
*sedikit serbuk lada hitam
*1 sudu kicap pekat

CARA-CARA:
  1. Masak air dengan stok ayam,bawang besar hingga mendidih.
  2. cairkan mentega dan masukkan tepung gandum,kacau api sehingga tidak melekat pada tepi periuk.
  3. tuang air rebusan tersebut.
  4. masukkan sos tomato,sos tiram,lada hitam dan beberapa titik kicap pekat.

~CHICKEN CHOP VERSI JORDAN~

saya ni sebenarnya suka akan surprise..apa yg yg sya nak masak..sya x suka orng len tao..saya suka beri kejutan pada kwn2x....so,perngai sya lebih suka berdiam bila sya dah mula masak..macam2x kan sya ni..??sebbnya sya qasa seronok sgt bila dapat beri kejutan pada orang..2 la,bila hati sya terluka,sya suka masuk dapur..tgok periuk,tgk sudip,tgk lah segalanya da di dapur tu..brulah duka bertukar suka..lalala~ok..menu kali ni ialah chicken chop..sja teringin makan ala barat pula..



(CHICKEN CHOP)

-AYAM PERAP-
*1/2 inci halia
*3 ulas bawang putih(ditumbuk)
*1 sudu besar sos tiram.
*1 sudu besar madu
*1 sudu besar lada hitam
*1 sudu kecil garam

-TEPUNG UNTUK MENGGORENG-
*6 sudu kanji
*3 sudu besar tepung gandum
*1/2 sudu besar serbuk kari
*1/2 sudu kecil garam
*1 biji telur

-BLACK PEPPER-
*3/4 cawan air
*3 ulas bawang putih(ditumbuk)
*1/2 biji bawang besar
*2 sudu lada hitam
*1 sudu sos tiram
* 2 sudu kicap
*1/2 kiub pati ayam.
*11/2 cawan tepung jagung
*garam dan gula secukupnya


Thursday, January 13, 2011

~PUISI CINTA DAN HARAPAN SEORANG HAMBA~




YA ALLAH YA TUHANKU..
ini aku datang lagi...

kepada ENGKAU aku sembah 
Dan kepada ENGKAU aku minta pertolongan..
Tunjukkan aku jalan yang LURUS..

Ya Tuhan...
Keadaan ku seperti begini juga
Masih penuh dengan masalah kehidupan dan
Keadan sekeliling yang amat menyakitkan pandangan mata dan hati!!

kadang-kadang aku merasa yang diri ni keseorangan
tanpa ada manusia-manusia yang sudi mengerti
perasaan dihatiku ini

Siapa yang dapat mengerti perasaan hatiku ini....selain ENGKAU ya Tuhan!
siapa yang dapat memahami diriku ini....selain ENGKAU  ya Allah!
kepada siapa lagi yang dapat aku mengadu...melainkan kepada MU ya Allah!
kepada siapa lagi yang dapatku mohon erlindungan....melainkan kepada MU sahaja ya Allah!


Engkau sahaja yang dapat mengerti tentang lemahnya diriku ini....
Engkau sahaja yang dapat memahami tentang kekurangan diriku ini.....
Engkau sahaja yang dapat mengampunkan segala dosa dan kesalahan diri ku ini...

YA TUHANKU....!
Aku merasa tidak sesuai dengan manusia-manusia disekelilinku..
Mereka terlampau sibuk mengejar kesenangan dunia
Mereka terlampau sibuk mencari kebahagian dan kesenangan hidup didunia
Mereka amat suka kesenangan harta dan kesenangan berkeluarga mereka
Mereka sering mengambil ringan urusan akhirat dengan berbagai-bagai alasan.
  
Mereka tidak suka berbual tentang MU ya Tuhan!
Mereka tidak suka membaca kitab AL-QURAN kalammu ya Tuhan!
Mereka merasa malas untuk menghadiri majlis-majlis membaca AL-QURAN...majlis zikir MU ya Tuhan!
Mereka sudah malas untuk memperbanyakkan beribadat kepada MU ya Tuhan!



YA ALLAH...YA TUHANKU.
Tolonglah aku ya Tuhan....
Aku takut jika aku akan menjadi seperti MEREKA!!
Aku tidak mahu menjual hatiku kepada dunia...sebagaimana MEREKA!!
Aku tidak mahu hatiku penuh dengan urusan dunia sebagaimana fikiran dan hati MEREKA!!

Tolonglah aku ya Tuhan!
kepada engkau aku sembah...
dan kepada Engkau aku minta pertolongan...
sesungguhnya aku mengaku bahawasanya...
ENGKAUlah ya Allah satu-satunyanya Tuhanku....






~WANITA BERPURDAH~


apalah yang hebat sangat dengan pandangan buruk orang lain terhaadap golongan yang ,menutup aurat dengan sempurna ni...jahat sangat ke orang yang cuba berpakaian menutup aurat dengan sempurna,yang cuba memelihara kehormatan dan maruah diri,yang cuba memelihara kehormatan dan maruah diri,yang cuba meraih redha ILLAHI dengan berpakaian begini...???adakah ini salah dan keji dimata masyarakat...??walaupun begitu mungkin ada segelintiryang menyalahgunakan pakaian purdah ni untuk tujuan lain...tapi adakah sebab yang segelintir  itu menyebabkan pakaian purdah tu terus diharamkan...terus dipandang hina..?? 

Bagaimana pula dengan segolongan yang tanpa segan silu menayangkan "tubuh murahan" mereka pada mata masyarakat dianggap tidak apa-apa...yang hanya mahu mendapat perhatian mata-mata para lelaki fasik,
yang mahu nampak seksi,moden,ikut aliran fesyen masa kin iyang terang-terangan menyalahi syariat islam.Bagaimana jika orang yang sebegini melakukan  perbuatan seperti mencuri,menyalahkan orang yang memakai purdah.Tentu sekali tidak..??Buat apa nak salahkan pakaian yang dia pakai...orang tiada akal sahaja yang kata sedemikian ...berkata pakaian itu salah dan patut dipenjarakan...ada ke patut benda tidak bernyawa dipersalahkan...??begitu jugalah dengan pemakaian purdah,apalah salahnya muslimah berpurdah dimata masyarakat...salahkah mereka cuba mengurangkan fitnah zahir dan batin dikalangan kaum adam..??


Seindah-indah perhiasan dalah wanita solehah,dan seburuk-buruk kejahatan adalah wanita yang fasik.cubalah kita renungkan betapa besarnya peranan wanita yang fasik.cubalah kita renungkan betapa besarnya peranan wanita dalam masyarakat,negara dan agama.kalo tidak takkanlah NABI MUHAMMAD S.A.W menyebut an-nisa'(wanita-wanita) sebanyak 3x sebelum baginda wafat....kerana wanita itulah sebesar-besar fitrah yang ada di muka bumi ini.

Qawi yang paling muktamat dalam mazhab shafie' menyatakan bahawa seluruh badan perempuan yang merdeka adalah aurat lelaki ajnabi .pendapat nin disokong oleh hadis-hadis yang menyatakan bahawa perempuan itu aurat/perempuan itu aurat yang mesti ditutup/dan orang-orang perempuan itu aurat dan disokong oleh ahli-ahli tafsir al-quran yang meriwayatkan bahawa wanita-wanita islam pada zaman Rasullah saw dahulu menutup seluruh badan mereka ketika keluar rumah,setelah turunnya ayat-ayat hijab.


Muka ialah sebesar-besar tempat fitnah sedangkan pandangan ialah 'rasul syahwat' (penyampai kepada syahwat),pembawa kepada zina dan kefasikan,panah iblis yang mengandungi racun bagi hati.(al-jiziriyy,kitabu al-fiqh a'la madhahibial-arba'ah;juz 1.al-Qahirah;juz 7,al Banhariyy,sabilu al-Muhtadin;juz1)

Indah dan mendalam sungguh kata-kata diatas...kalau direnuungkan kata-kata itu maka wajiblah wanita itu berpurdah.masakan tidak..wajah wanita itulah tempat sasaran sebesar-besar fitnah kerana ALLAH swt itu sendiri menciptakan kaum hawa itu mempunyai wajah yang cantik menawan yang mampu mengganggu gugat keimanan kaum adam.kalau tidak,takkan ler ada lelaki yang angau bila melihat wajah wanita yang cantik jelita bak bidadari yang turun dari syurga.bila mata terpandang maka turunlah ke hati dimana kerana wanita itu,jiwa sang teruna menjadi kacao bilau teringatkan sang bidadari yang cantik bak permata hinggalah datangnya syaitan merasuk diri memujuk hati supaya datang mendekati,bila sudah kenal-kenalan,maka datanglah cinta,sayang dan rindu.bila diri tak tttertahan rindu maka datanglah syaitan memberi 'PETUNJUK SESAT'hinggalah diri terperangkap dalam duri penzinaan...akhirnya lahirlah zuriat yang tidak diingini dan 
wujudlah juga pembuangan bayi dimerata0rata tempat.begitulah betapa bahayanya wanita itu..kerana itulah wanita itu menjadi salah satu dari pelaburan terbesar bagi iblis,syaitan laknatullah.


Begitulah rancah kehidupan manusia.mereka sedaya upaya cuba membanteras kegiatan jenayah,pelbagai undang-undang ditubuhkan,pelbagai hukuman dijatuhkan mengikut akal fikiran manusia yang 'ciput' ni...sedangkan hukum-hukum dan unang-undang  ALLAH yang sudah sedia ada,terpampang depan mata,penyelesaian segala masalah manusia diketepikan...Allah datangkan masalah dan penyelesaian maslah sekaligus..contohnya zina,Allah berfirman:

"dan janganlah kamu mendekati zina,(zina)itu sungguh perbuatan keji,dan suatu perbuatan buruk"
(surah al-isra'32)

Jadi Allah datangkan langkah pencegahan awal dalam menangani masalah isu zina dan pembuangan anak.Allah swt perintahkan jangan mendekati zina.


Memakai purdah juga adalah salah satu untuk menghindari daripada zina.MENGAPA..??kerana wanita yang berpurdah itu menutup jalan fitnah itu yakni dengan menutup wajah mereka daripada pandangan laki-laki ajnabi.jadi kaum adam ini tidak berpeluang lagi untuk berasa "angau" pabila melihat muslimah yang bertutup aurat.

"DAN KATAKANLAH KEPADA MEREKA PARA PEREMPUAN YANG BERIMAN,AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA,DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA..(aurat)
(surah an-nur;31)


~KAKAKKU SAYANG~

(KAKAKKU TERSAYANG)

Darah yang mengalir ditubuhmu..
Serupalah dari ayahku..
Dan rahim yang mengandungmu..
Serupalah dari rahim ibuku..


Tapi cintamu bagai hujan dimusim kemarau..
Disaat aku berduka kau hapuskan lara..
Disaat aku bahagia kau taburkan tawa..


Kalaulah boleh aku meminta..
Kan ku pinta sejuta kakak seperti kalian.
Agar tiada adik merana karna dari seorang 
saudara..


Walaupun kau jauh dariku kini..
Hanya doa di dalam hati.
Walau sampai kapan nanti..
Semoga takkan pernah berhenti persaudaraan ini..


AMIN YA RABBAL A'LAMIN...;)


KALIANLAH PEMBAKAR SEMANGATKU...