Friday, March 4, 2011

menu hari jumaat,4/3/2011..


MEE UDANG...



AGAR-AGAR SANTAN PANDAN



BUAH MELAKA..yang diamik dari melaka..
haha~

~AGAR-AGAR SANTAN PANDAN~

air pandan bnyak lebih...nak wat pa ya..??hmmmm...haaaa!!jom wat agar2x..tapi,nak bagi sedap lagu mana ya..??yokkk,serbu internet yokkkk!!hehehehe...akhirnya jadilah agar-agar santan pandan...jemput makan...:)

MAK,ABAH....DIK RINDU KAT MAK,ABAH....

I LOVE U MAK ABAH!!I VERY MISS U..:(

HATI BERKECAI APABILA SANGAT2X MERINDUI KALIAN... 
YA ALLAH...
YA ALLAH..
KUATKANLAH  DIRIKU INI....

HATI NI MAKIN BERKECAI SEJAK MENGETAHUI MAK X JADI DATANG JORDAN..
SOB3X:(

DOAKAN ANAKMU DIPERANTAUN NI WAHAI MAK ABAHKU..
AGAR SELAMAT SEGALANYA!!
AMIN..

ok jom semak resepi...huhu~

BAHAN-BAHAN;
*20gm serbuk agar-agar
*1 cawan gula
*1400ml air
*120ml air dicampur dengan santan packet
*1 biji telur,dicampur dengan santan tersebut
*secubit garam
*1 helai daun pandan

CARA-CARA;
  1. masak air dengan gula dan daun pandan sehingga larut.
  2. masukkan serbuk agar-agar dan tunggu sehingga mendidih
  3. kecilkan api.tuangkan campuran santan dengan telur,garam dan kacau sehingga santan timbul dan berbintil2x.
  4. tuangkan ke dalam loyang.
  5. sejukkan ke dalam peti ais.tunggu sehinnga mengeras..baru dipotong.

~BUAH MELAKA~

kuih ni dah lama nak buat..tapi,nak ajak la kawan2x buat sekali..tapi,sumanya kata..ala,kita wat ari len la,ala,umah x dak ayaq..x best la nak buat..hmmmmm....sedih gak ati ni..x pa la,aku wat sorang2x la nmpaknya...so,arini ari jumaat..ari yang penghulu hari...arini jugak nak wat...x kira!!!pot2x...SIAP!!jom makan....hehe~


BAHAN-BAHAN;
*250gm tepung pulut
*1 helai daun pandan(rebus dan blend)
*3 titik pewarna hijau
* 3 cawan air pandan
*gula melaka(potong kecik2x)
*kelapa parut
*garam

CARA-CARA:
  1. masukkan tepung ke dalam bekas.
  2. masukkan air pandan sedikit demi sedikit.
  3. uli smpai tepung x lekat pada tangan.
  4. uli smpai jadi bulat..
  5. tekan ditengah2x (buat lubang)untuk diletakkan gula melaka.
  6. rebus kuih tersebut..jika kuih tersebut timbul..maknanya dah masak..
  7. angkat dengan penapis..
  8. tapiskan dahulu kemudian golekkan satu persatu kuih tersebut ke atas kelapa parut..(Campurkan sedikit garam di dalam kelapa parut tersebut)
NOTE:kalo nak sedap..buh la gula melaka 2 banyak2x supaya sedap..ok>>??selamat mencuba....:)ketika uli,masukkan beberapa titik pewarna..lupa nak habaq..huhu~


~MEE UDANG~

hee..jangan ingat kat jordan x leh makan mee udang..da udang tao kat sini...hmmmmm...tapi..udang yang ditangkap dalam frezer ler...:(x pa2x,suma dugaan..ala,makanan ja pun...janji dapat makan..kenyang perut..erkkk,alhamdulillah..hehe~udang sini sgt mahal..so,udang ni dah lama tangkap..time bulan 11..time mak sya datang jordan..so,bodek mak ler..mak,mak,mak...nak beli udang..udang kecik pun x pa la...mula2x,x bagi..sedih gak tao ati ni...:(TAPI...ALLAH lembutkan ati makku...time beli barang kat arabella..sya mintak izin lagi..pas2,terus dapat greenlight..mak kata'lor,awat amik udang kecik,x puas makan nanti...amik udang yang besar tue..ala,bila lagi..mak pun datang sekali sekala.."ya allah,alangkah gembiranya atiku ni....oh udang kegemaranku..akhornya...kau hadir juga padaku u pengubat rindu...hehe~THANK ALLAH,MAK!!syg makk...



BAHAN-BAHAN;
*1 paket spagheti
*10 ekor udang kecik(rebus,blend)
*30 ekor udang kecik(saiz xs)
*10 tangkai cili kering(rebus,blend)
*1 inci halia(blend)
*1/2 labu bawang besar(blend)
*1 ulas bawang putig(blend)
*3 sudu besar serbuk serai(da dijual di arabella)
*2 camca sos tiram
*1 camca gula perang
*2 kiub pati ayam
*3 batang sosej(dipotong secara kepingan)
*garam secukup rasa
*sayur..(saya gunakan sayur kubis bunga)
*telur(rebus)-u dimakan bersama mee udang nanti..

CARA-CARA;

  1. rebus udang dengan didihan air panas..kemudian,sejukkan..selepas sejuk..diblend.(jangan blend sekali ngan bahan yang lain)
  2. tumis bahan2x yang telah diblend tadi sehingga naik bau.
  3. masukkan air lebihan rebusan udang beserta udang dan sosej..
  4. larutkan gula perang bersama stok pati ayam..kacao sehingga sekata.
  5. masukkan sos tiram,serbuk serai..kaco lagi.
  6. masukkan sayur..biar sehingga masak...
  7. masukkan garam secukup rasa.
  8. rebus spaghety..kemudian ditoskan..
  9. rebus telur..untuk bahan sampingan
  10. siap dimakan.
NOTE:kalo nak letak syur lain..dipersilakan..nak buh bebola ka??pa ka..??terpulang pada anda..

Thursday, March 3, 2011

~INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA~

mesti korang pelik kan..??napa tajuk nya begitu..??sja ja yang tajuk cam 2..agar diri ni,tidak leka ngan kesibukkan dunia.huhu~dah2x,jangan tacing2x nii..arini,sya update awal sikit..lepas masak..terus tangkap gambaq dan terus masuk dalam blog..yo la,asyik kena marah ngan kawan,lambat update blog..sabar yaa,sahabatku sayang..:)ok,menu arini....adalah yong tau fu versi jordan..sebab apa sya kata begitu..??kerna,kat jordan ni,tiada barang yang lengkap seperti di mas sna nooo..so,kena akur la..kalo mengidam pa2x..kena wat sendiri..dan olah resepi tersebut..TAPI..arini,sya baru p markaz sihhi..so......paham2x la sendiri..jadi,sya semakin jadi lemah..taip ni pun..smbil lena...eh,lagu mna 2,,??hmmm,pakat pikiaq2x naaaaa...anda nak resepi ka..??x perlu la...just post kali ni...nak tunjuk gambaq jaaaaaaa.....jangan marah...nanti,sya makin lemah..huhu~

isi ketam,sosej daging,sosej ayam berlada,sayur bayam,kacang pecal(di atasnya)

JEMPUT MAKAN!!

ni makanan korea..dibuat oleh sahabatku...hebat bukan..??


SEDAP....!!pasti nak lagi..haha~

kalo anda nak...p serbu umah no.1..suh dy masak..hehe~

Sunday, February 27, 2011

~NASI BERIANI BERSAMA DAGING BAKAR SATAY~

punya penat memikir nak masak pa arini..huhu~dalam otak,x nak la nasi 2 nampak putih..nak nmpak da warna sikit..baru la selera nak makan...tiba2x,teringat da beli dalca kat arabella..saja kedik nak beli dalca..kot2x,da gunanya..hmmm...rupanya guna jugak arini...hehe~so,menu arini ialah daging kambing masak satay bakar,ala bakar pakai oven jaa..haha~,dalca dan juga ikan masak satay juga...lalalala~~~


(NASI BERIANI RAMUAN SENDIRI)

BAHAN-BAHAN:
*2 ulas bawang putih(hiris)
*1/2 biji bawang besar(hiris)
*1 inci halia
*1 sdu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
*2 sudu serbuk kari daging
*1 inci stok pati ayam-(options)(kalo da ayam,x yah guna stok pati ayam..just gunakan air ayam)
*1 cawan air
*3 cawan beras(dibasuh dan ditoskan)
*2 cawan susu segar
*1 sudu kecil kismis
*4 biji buah pelaga\
*5 bunga cengkih
*2 bunga lawang
*1 batang kayu manis
*daun pandan(siat dan simpulkan)
*100gm minyak sapi/sayuran

CARA-CARA;
  1. panaskan minyak di dalam periuk nasi..
  2. tumis bahan yang telah dihiris tadi sehingga naik bau.
  3. masukkan buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis..
  4. masukkan jintan manis,jintan putih,stok ayam,serbuk kari bersama sedikit air..biar sehingga pecah minyak
  5. masukkan beras yang telah ditoskan..dan goreng sebentar bersama bahan tumis tadi.
  6. masukkan air bersama susu segar..garam dan kismis
  7. gaul sehingga sebati..
  8. masukkan daun pandan
  9. tutup tudung periuk..dan tunggu sehingga masak.


(DAGING DAN IKAN SATAY)

BAHAN-BAHAN;
*2 biji bawang besar
*1 ulas bawang putih
*1 sudu jintan manis
*1 sudu jintan puith
*1 sudu serbuk kunyit
*1 sudu serbuk cili kering
*1 sudu kecil kicap

CARA-CARA;
  1. kisar semua bahan2x diatas..
  2. perap ikan dan daging selama 3 jam..lagi lama lagi sedap.
  3. bakar dalam oven 180c..selama 45 minit.
(DALCA)

BAHAN-BAHAN;
(HIRIS)
*1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
(TUMBUK)
*1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia

*6 biji buah pelaga
*6 bunga cengkih
*1 batang kayu manis
*1 sudu serbuk kari ayam
*1 sudu jintan manis
*1 sudu jintan putih
*3 sudu dalca(rebus dan ditumbuk)
*4 sudu santan
*minyak
*air secukupnya
*garam secukup rasa

CARA-CARA;
  1. panaskan minyak..tumis bahan yang telah dihiris dan juga yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  2. masukkan buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis.
  3. masukkan serbuk kari,jintan dan sedikit air..sehingga pecah minyak.
  4. masukkan dalca yang telah ditumbuk..
  5. masukkan santan
  6. gaul sehungga sebati..
  7. masukkan garam secukupnya
  8. sedia dihidang..:)
NOTE:nak masukkan ayam @ pun sayur..dialu2kan..sya x boh kerna tiada.




~NASI LEMAK PANDAN~

sambal..oh,sambal..kegemaranku..tao dak wahai sambal..bertapa lama,ku mengidamkan mu...kui3x..so,pa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......jom wat nasi lemak pandan pengikat kerinduan...haha~

(NAI LEMAK)

BAHAN-BAHAN;
*5 cawan beras
*5 cawan air (pakai air banyak,sebab pakai beras jasmin)
*2 ulas bawang putih(hiris)
*1/2 biji bawang besar
*200gm serbuk santan(dicampurkan dengan air)
*1 inci halia(hiris)
*1 sudu kecil halba
*1 sudu kecil kismis-options
*1 helai pandan(disiat dan simpulkan)
*beberapa titik pewarna hijau
*150gm butter sayuran
*garam secukup rasa

CARA-CARA;

  1. basuh beras kemudian toskan(ketepikan dahulu)
  2. panaskan  periuk nasi..dan cairkan butter di dalam periuk nasi..
  3. kemudian tumis bawang besar,putih,halia bersama halba sehinngga naik bau.
  4. masukkan beras..dan goreng bersama bahan tumis tadi sehingga sekata.
  5. kemudian masukkan air berserta santan yang telah dicampurkan dalam air tadi.
  6. kacau sehingga sekata..
  7. masukkan kismis dan daun pandan..dan garam secukup rasa,beberapa titik perwarna hijau
  8. biarkan sehingga masak..
NOTE;kacau nasi tue selepas 15 minit..supaya santannya tidak berketul..hidang nasi bersama telur rebus,ikan bilis,kacang,timun,sambal...pasti melotop..bommmm..kedabommm!!

(SAMBAL IKAN BILIS)

BAHAN-BAHAN;
*15 batang cili kering
*3 biji bawang besar(kisar)
*3 ulas bawang putih(kisar)
*1 inci belacan(kisar)
*4 sudu sos cili
*4 sudu sos tomato
*1 gengam ikan bilis kecil(goreng dahulu)
*2 keping asam keping
*minyak
*garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA;
  1. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing.kemudian ketepikan
  2. panaskan minyak,tumis bhan2x yang telah dikisar halus tadi..masak sehingga pecah minyak.
  3. masukkan sos cili dan sos tomato,asam keping
  4. masukkan garam dan gula..
  5. masak sehingga agak kering.
NOTE;masak lama2x sambal ni agar masakan ni biar2x meletop..pasti,anda ingin masak berkali2x..hihi~