(NASI BERIANI RAMUAN SENDIRI)
BAHAN-BAHAN:
*2 ulas bawang putih(hiris)
*1/2 biji bawang besar(hiris)
*1 inci halia
*1 sdu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
*2 sudu serbuk kari daging
*1 inci stok pati ayam-(options)(kalo da ayam,x yah guna stok pati ayam..just gunakan air ayam)
*1 cawan air
*3 cawan beras(dibasuh dan ditoskan)
*2 cawan susu segar
*1 sudu kecil kismis
*4 biji buah pelaga\
*5 bunga cengkih
*2 bunga lawang
*1 batang kayu manis
*daun pandan(siat dan simpulkan)
*100gm minyak sapi/sayuran
CARA-CARA;
- panaskan minyak di dalam periuk nasi..
- tumis bahan yang telah dihiris tadi sehingga naik bau.
- masukkan buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis..
- masukkan jintan manis,jintan putih,stok ayam,serbuk kari bersama sedikit air..biar sehingga pecah minyak
- masukkan beras yang telah ditoskan..dan goreng sebentar bersama bahan tumis tadi.
- masukkan air bersama susu segar..garam dan kismis
- gaul sehingga sebati..
- masukkan daun pandan
- tutup tudung periuk..dan tunggu sehingga masak.
(DAGING DAN IKAN SATAY)
BAHAN-BAHAN;
*2 biji bawang besar
*1 ulas bawang putih
*1 sudu jintan manis
*1 sudu jintan puith
*1 sudu serbuk kunyit
*1 sudu serbuk cili kering
*1 sudu kecil kicap
CARA-CARA;
- kisar semua bahan2x diatas..
- perap ikan dan daging selama 3 jam..lagi lama lagi sedap.
- bakar dalam oven 180c..selama 45 minit.
(DALCA)
BAHAN-BAHAN;
(HIRIS)
*1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
(TUMBUK)
*1/2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*6 biji buah pelaga
*6 bunga cengkih
*1 batang kayu manis
*1 sudu serbuk kari ayam
*1 sudu jintan manis
*1 sudu jintan putih
*3 sudu dalca(rebus dan ditumbuk)
*4 sudu santan
*minyak
*air secukupnya
*garam secukup rasa
CARA-CARA;
- panaskan minyak..tumis bahan yang telah dihiris dan juga yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
- masukkan buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis.
- masukkan serbuk kari,jintan dan sedikit air..sehingga pecah minyak.
- masukkan dalca yang telah ditumbuk..
- masukkan santan
- gaul sehungga sebati..
- masukkan garam secukupnya
- sedia dihidang..:)
NOTE:nak masukkan ayam @ pun sayur..dialu2kan..sya x boh kerna tiada.